Gambar Vector
" Saya adalah Cikgu Norazimah "
p/s : Gambar vector ni hasil tangan blogger Izza Sakura
Motip ?? Takde idea nak buat entry ! Hahahahaha
3 Perbezaan di Antara Ibadah Qurban & Ibadah Aqiqah
1. Ibadah Qurban sangat dituntut kepada orang yang menunaikan haji dan juga orang yang tidak menunaikan haji. Manakala ibadah Aqiqah pula adalah sangat dituntut kepada orang yang wajib memberi nafkah daripada hartanya kepada seseorang kanak-kanak.
2. Ibadah Qurban hanya sah dilakukan pada Hari Raya Haji iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Manakala ibadah Aqiqah pula sah dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun
3. Ibadah Qurban dikaitkan dengan ibadah haji manakala ibadah Aqiqah pula dikaitkan dengan kelahiran anak.
Sumber : leewantam
*Betulkan CN jika ada yang silap. Sebenarnya entry ni dibuat kerana seorang pelajar CN telah kemukakan soalan taraf ustazah kepada CN. Mujurlah CN dapat jawab soalan tersebut sebab memperoleh A1 Pendidikan Islam masa SPM dulu2. Hehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar kredit SINI
Salam Aidil Adha dari CN & Keluarga kepada seluruh umat Islam yang membaca blog cekgunorazimah.com ini.
Maaf dipinta jika ada coretan yang mengguris hati & selamat mengerjakan ibadah qurban.
~ Salam Aidil Adha dari Cikgu Norazimah ~
Manjakan diri dengan SILK MASK di hujung minggu. Perghh ! Memang best mask Jepun ni. Bau anggur yang sungguh tenang selain menjadikan kulit muka selembut sutera gituww. Ini kali pertama CN try SILK MASK ni. Kebetulan masa pergi ke GM Klang, ada promotion, satu kotak yang cantik tu RM15 mengandungi 10 keping mask. Terus pegi kaunter bayar !
Kotak SILK MASK ni memang cantik dengan cover glitter purple melambangkan warna anggur. Bila dah habis mask ni, boleh jadikan kotak ni sebagai tempat simpan barang2 yer. Kepada anda yang mementingkan penjagaan wajah, cubalah SILK MASK. Selain mempunyai bau anggur yang menenangkan, SILK MASK ini juga boleh memutihkan kulit setelah berjemur ditengah panas ketika mengutip baju di ampaian dan melembutkan kulit mengalahkan kelembutan kulit Irfan ! Sekarang CN mampu bersaing dengan kelembutan muka Irfan setelah menggunakan SILK MASK ! Hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~






