Pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk membeli domain daripada mereka, bagi CN, pilihan yang terbaik adalah di NetKL!
Sebelum membeli domain di NetKL, CN pernah beli domain dengan MYNIC, tapi technical support sangat menghampakan. Ini adalah pendapat peribadi CN sendiri, mungkin rakan blogger yang memilih MYNIC mempunyai alasan tersendiri.
Untuk CN yang memang tak berapa terer part technical, memang tensen masa nak setup domain tu. Sebab tak terer dan give up, CN tukar ke domain yang dibeli di NetKL. Alhamdulillah, technical support sangat membantu. Mereka siap setup untuk CN lagi ! Hah ! Tak payah nak pening kepala nak setup, cuma bayar je domain tu setiap tahun !
Jadi untuk rakan blogger yang berminat nak beli domain, CN cadangkan anda beli di NetKL. Jangan runsing tentang setup, technical support di NetKL akan membantu anda. Klik banner di atas untuk keterangan lanjut.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1. Facebook : You are probably already on FB, Instagram all day. Instead of posting selfies, help manage the social media accounts of non-profit organisations.
2. Influence : Having a tonne of followers on your social media accounts or blog is a good opportunityfor you to help spread the word of positive messages and charitable campaigns.
3. Teach : Online classes are now as common as dirt. Pick something you're good at, be it FROG VLE or playing the guitar, and spread the knowledge.
4. Translate : If you are blessed with a gift of language, NGOs often need help with translating their materials into different languages.
5. Write : Contribute articles, manage a blog, write a report - there is always a need for good writes [For us blogger ! ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Drama Emergency Couple
Musim cuti sekolah ni, CN dengan sepenuh hati melayan cerita korea bersama-sama adik2 tersayang iaitu Cik Zaty dan Dek Yah. Cerita yang meninggalkan kesan dan boleh tengok berkali-kali adalah cerita bersiri Emergency Couple.
Emergency Couple diterajui oleh member tetap Running Man iaitu Song Ji-Hyo yang membawa watak sebagai Doktor pelatih bernama Oh Jin-Hee. Pelakon lelaki utama pula adalah Choi Jin-Hyuk yang mempunyai senyuman manis yang menggoda membawa watak sebagai Doktor pelatih bernama Oh Chang Min.
Cerita Emergency Couple ni best sebab sangat2 kelakar tetapi berinformasi tentang dunia perubatan. Banyak yang CN belajar tentang ilmu perubatan dari cerita ni. Yang paling best, pelakon lelaki dan wanita utama cerita ni sangat serasi dan sweet sangat ! Cerita ni pun tak ada orang jahat ! CN tak suka cerita ada orang jahat...hehe
Kepada anda yang meminati cerita korea, jangan lupa tonton cerita Emergency Couple ! Anda pasti tidak mampu berganjak dari tempat duduk ketika menonton cerita ni....ahaks
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
FROG Revise : Aplikasi menarik di dalam FROG VLE
Berita baik untuk semua pelajar di Malaysia yang mempunyai akaun FROG VLE. Anda kini boleh ulangkaji dengan mudah di laman web FROG VLE dengan aplikasi Frog Revise.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Log in ke akaun FROG VLE menggunakan ID dan password yang telah diberi oleh guru anda.
2. Klik icon Quick Launch seperti dalam bulatan merah pada gambar di bawah.
3. Pilih icon The Pond seperti dalam bulatan merah pada gambar di bawah.
4. Klik banner seperti dalam gambar. Anda akan ke New Window dengan tajuk Frog Revise.
5. Pelbagai tips dan cara pembelajaran berkesan boleh didapati di Frog Revise ini.
Apa tunggu lagi. Jom mengulangkaji bersama FROG VLE !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~









