" Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran & mengajarkannya."
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Hah ! Encik Suami CN dah merungut sebab setiap minggu mesti ada abang posmen hantar parcel.
Projek apa ye?
Mestilah projek review produk ! Best jadi blogger ni,banyak barang baru boleh cuba dan buat review.
Ok, nantikan entry review produk CN ye lepas ni. Stay tune..wee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hadiah dari pelajar
Hadiah birthday dari pelajar. Nampak biasa, tapi tahu tak pelajar kelas mana yang bagi?
2 hadiah ni dari pelajar kelas hujung yang CN mengajar Geografi. Hah ! Pelajar kelas hujung yang selalu hargai cikgu dorang taw. CN memang suka mengajar kelas hujung ni, even stres dengan masalah disiplin dorang, tapi masih boleh 'ngorat' budak2 ni kalau kena gayanya. Selalunya pelajar kelas hujung la yang akan tegur CN bila jumpa dekat luar. Kalau pelajar pandai, sebahagian dorang nampak jer cikgu terus lari !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Wah ! Diam tak diam umo CN dah sampai penghujung 20-an. Alhamdulillah, masih bernyawa di bumi bertuah ini. Apa yang pasti, umo adalah nombor semata-mata. Apa yang penting, ada beberapa impian yang ingin CN capai lagi. Sempena birthday CN harini, doakan CN dapat mencapai impian CN yer... doa kalian amat berharga.
CN sayang sangat2 pembaca setia www.cekgunorazimah.com. Tanpa kalian, siapalah CN. Mmuanxx !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~