Tips Parenting
Bagi ibu yang bekerjaya,memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk main bersama anak. Yela, pegi keje awal pagi dan balik malam. Entah bila nak bermain dengan anak kan?
Apa yang CN pastikan lakukan setiap hari adalah guna masa hantar dan ambil anak di rumah pengasuh dengan sebaiknya. Biasanya masa ambil Irfan dari rumah pengasuh, semasa dalam kereta CN akan berborak sambil nyanyi2 bersama Irfan. Anak yang selalu berborak bersama ibunya akan rasa lebih yakin dan keletah berkata-kata. CN akan selalu bertanya apa yang Irfan buat di rumah pengasuh. Walaupun tak berapa faham apa yang dikatakannya, CN ye kan jer. Irfan pulak akan bercerita sampai muncung2 mulut dia tau.
Selain tu, kalau rasa malas nak masak bila penat balik keje. CN akan bawak Irfan makan diluar sambil berborak-borak dengan Irfan. Ala-ala dating gituww. Best owh dating dengan anak teruna sendiri. Jalan2 pegang tangan. InsyaAllah, CN akan cuba teruskan amalan dating dengan Irfan sampai dia besar nanti. Mesti sweet jer tengok anak teruna jalan2 pegang tangan dengan mamanya. Kan2??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cerita Cikgu
Hah ! Inilah bebudak sekarang. CN masuk je kelas, tak sempat bagi salam, terus tanya "Cikgu pakai eye liner ye". Fuh ! Dari atas sampai ke bawah dia tahu apa yang berubah pada cikgunya. Bila CN makin berisi sekarang ni, sibok pulak tanya " Cikgu mengandung ye". Lepastu ada satu hari, CN try pakai gincu baru, terus tanya " Hah ! Cikgu pakai gincu lain la harini !".
Inilah ragam pelajar. Kalau CN duk mengajar tu, nampak macam berangan tu, entah apa la dia fikirkan. Scary gak kadang2 sebab budak2 sekarang ni lagi advance dari kita zaman dulu !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran & mengajarkannya."
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~






