Hari keempatbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Memori Raya Zaman Kanak-Kanak".
Memori Raya Zaman Kanak-Kanak CN memang sangat indah bila dikenang. Habis satu kampung pusing kutip duit raya. Siap pegi kampung sebelah lagi tau. Zaman 90-an dulu best sebab kurang kes budak-budak kena culik dan macam-macam ni. Ibubapa memang tidak kisah melepaskan anak-anak mereka men'cari' duit.
Memori Raya Zaman Kanak-Kanak

Paling kelakar, dengan muka tak malu steady jer cakap "Makcik, kami taknak air, kami nak duit raya je". Hah ! Terus terang gituw. Lepas tu, biasanya bila dah petang, memang akan tinggal baju kurung dan seluar je. Kain dah cabut sebab panas ! Itulah CN zaman kanak-kanak dulu. Hari raya la hari yang paling best. Kalau best nak hari-hari hari raya tau.
Anda pula bagaimana, best tak memori raya anda ketika zaman kanak-kanak dulu?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Shopback Malaysia
Siapa lagi yang selain CN mempunyai masalah kekangan masa yang serius? Sebagai guru di sepenuh masa dan blogger separuh masa, jadual kerja CN amatlah padat dan kadangkala CN terpaksa ‘skip’ makanan dan menggantikan dengan pengambilan ‘junk food’ atau ‘fast food’. Lagi-lagi depan sekolah ada KFC, lagilah mudah kan?
Hidup di Lembah Klang yang sesak ini juga merupakan salah satu sebab mengapa CN lebih gemar membeli makanan ‘fast food’ secara ‘drive thru’ tanpa perlu mencari parking dan menghabiskan masa minima satu jam untuk menikmati satu hidangan makanan. Tetapi kan, baru-baru ini CN telah menemui satu penyelesaian yang terbaik iaitu servis penghantaran makanan foodpanda!
FoodPanda bersama Shopback Malaysia
Tidak dinafikan, nama FoodPanda masih
belum dikenali ramai lagi namun, setelah mencuba servis FoodPanda buat pertama
kali, CN benar-benar berpuas hati! FoodPanda bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan restoran yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur, malah proses
penghantaran juga amat pantas. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi FoodPanda dan buat tempahan makanan.
Dan..jika anda ingin menikmati
diskaun tambahan dan cashback ke atas setiap pembelian anda, anda boleh membuat
tempahan makanan anda melalui Shopback
Malaysia. Caranya amat mudah, layari laman web Shopback Malaysia, kemudian cari
page FoodPanda dan terus buat tempahan seperti biasa. Sebaik sahaja anda
selesai membuat tempahan, nilai cashback akan dikreditkan ke dalam akaun
Shopback anda dalam masa 1-3 hari bekerja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hari ketigabelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Kuih Raya Paling Best".
Apalah ertinya raya tanpa kuih raya pilihan hati. Dari kecil sampai sekarang,semestinya kuih raya pilihan hati adalah tart nenas gebu rapuh. Kalau dapat, memang asyik makan sampai tak sedar habis sebalang. Biasanya kalau beraya ke rumah saudara, bila dah habis makan CN akan minta lagi untuk makcik2 refill balik tau ! Hehe
Kuih Raya

Tart nenas gebu rapuh
Selain tart, CN suka kuih raya yang pedas seperti popia gulung. Ini pun sama, kalau jumpa, memang boleh habis sebalang. Sedapnya !
Popia gulung sedap
Pernah makan tak kuih kapit berinti coklat dan peanut butter? Serius sedap ! Isteri bff Encik Suami yang bekerja di Renesas Telok Panglima Garang memang buat business kuih kapit berinti sedap ni. Encik Suami dah borong banyak, tak sabar nak makan sambil menanda skrip jawapan PT3 ! Almaklumlah, raya tahun ni CN beraya bersama skrip jawapan PT3 Geografi...weee
Kuih kapit berinti coklat dan peanut butter
Kuih Raya Pilihan Hati
Tahun ni CN langsung tak buat kuih raya sebab oven rosak. Jadi di rumah CN cuma kuih tunjuk2 la ye.
Anda pula bagaimana, apakah kuih raya pilihan paling best anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Festival Ramadhan GM Klang
GM Klang akan mengadakan Festival Ramadhan yang akan bermula pada 26 Jun hingga 12 Julai setiap hari. Apa yang menarik adalah anda boleh berjumpa dengan ramai artis dan idola Irfan Hensem iaitu Upin-Ipin ! Menarik kan?
Apa lagi, hujung minggu ni jumpa CN di Festival Ramadhan GM Klang ye. Ingat nak menyoping untuk raya ni. Weee
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~