Panduan Warna Pakaian Mengikut Hari
Warna memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan aura si pemakai. Banyak pakar psikologi & motivasi mencadangkan beberapa pilihan warna mengikut hari untuk memberi impak yang berbeza. Disini CN kongsikan panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi yang dikongsi oleh page facebook Fizo Omar.
Warna Hijau Untuk Hari Jumaat
Hijau merupakan lambang dan keseimbangan dalam kehidupan. Selain itu,ia juga mampu memberi pengisian untuk diri anda. Cantik pulak tengok emerald green seperti model dibawah ni pakai. Memang mampu menyerlahkan penampilan anda di hari jumaat yang mulia ini.
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
Pulau Tenggol
Subhanallah, cantiknya pemandangan di Pulau Tenggol, Terengganu ini. Sejuk mata memandang. CN tengah stress dengan penandaan PT3 Geografi ni, bila tengok gambar pemandangan yang indah ini, tenang je rasa.
Pulau Tenggol ini boleh jadi tempat sasaran untuk percutian bersama keluarga. Mesti bodek Encik Suami ke sini lah, Encik Suami suka pantai, kalau ajak ke pantai dan pulau memang dia tak ada masalah. Tapi kalau ajak shopping ke Bandung, hmmm...banyak betul alasannya.
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
Panduan Warna Pakaian Mengikut Hari
Warna memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan aura si pemakai. Banyak pakar psikologi & motivasi mencadangkan beberapa pilihan warna mengikut hari untuk memberi impak yang berbeza. Disini CN kongsikan panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi yang dikongsi oleh page facebook Fizo Omar.
Warna Kuning/Oren Untuk Hari Khamis
Warna kuning dan oren merupakan warna yang terang dan silau. Tetapi tahukah anda bahawa warna ini mampu memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Ia juga memberi keceriaan dan membuatkan anda bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas.
Bagi pegawai kerajaan macam CN, hari khamis adalah hari batik. Setakat ini CN cuma ada satu batik warna kuning mustard dan selebihnya adalah batik warna pink dan merah ! Alamak, lepas ini kena beli batik warna oren pulak la ye.
Bagi pegawai kerajaan macam CN, hari khamis adalah hari batik. Setakat ini CN cuma ada satu batik warna kuning mustard dan selebihnya adalah batik warna pink dan merah ! Alamak, lepas ini kena beli batik warna oren pulak la ye.
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
Gambar Raya Unik
Sesi 'buang belakang' iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri 2011. Masa ini CN baru berkahwin dengan Encik Suami. Disebelah kiri adalah CN bersama adik-adik yang semuanya perempuan dan disebelah kanan adalah Encik Suami dan adik-adiknya yang semua lelaki.
CN dan Encik Suami adalah anak sulung. Bila adik-adik CN bertemu dengan adik-adik Encik Suami, memang gamat suasana bila budak-budak lelaki ni duk mengusik anak dara Pak Talib ! Tapi alhamdulillah, mereka ni memang serasi dah macam adik beradik.
Gambar raya ni paling CN suka sebab nampak macam kumpulan nasyid dengan penyanyi utama adalah Encik Suami sebab baju warna lain. Hehehe
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~






