Irfan Hensem
Tenangnya melihat wajah si kecil tengah tidur kan ? Pernah tak anda berasa 'serabut' bila si aktif ni berjaga tapi bila dia tidur rasa sunyi sangat? Inilah anak..anugerah terindah dari Allah S.W.T.
Tapi kesian dekat si kecil ni, antara alahan CN masa preggy ni adalah Irfan. Senang betul CN bau busuk dekat Irfan ni. Lagi-lagi bila dia berpeluh, memang busuk sangat bagi CN. Irfan cuma wangi bila lepas mandi dan bila CN letakkan dia bedak. Kesian anak hensem CN sorang ni. Harap-harap Irfan tak kecil hatilah dengan CN ye...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Buku Mewarna Ultraman
Irfan kesayangan CN sorang ni memang minat sangat buku yang ada gambar Ultraman atau robot. Kalau CN ke Tesco Jenjarom,bahagian kanak-kanak yang ada banyak buku mewarna tu memang menjadi tempat kegemaran Irfan. Pantang nampak cover buku yang ada muka Ultraman atau pun sebarang robot, tanpa segan silu terus cakap " Mama, nak ni ! ".
CN dengan redha pun ye kan jela. Bila CN dah bayar, terus dia amik dan usung je buku tu...alahai anak...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masker Pisang
Pisang bukan sahaja sedap dimakan tetapi memiliki khasiat yang baik untuk kulit. Tahukah anda masker pisang mampu menjadikan kulit anda lembab dan kenyal dengan penggunaan yang kerap?
Bagaimanakah caranya menghasilkan masker pisang ini?
Ramas pisang dan tambahkan minyak zaitun atau madu. Oles pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasuhi dengan air suam-suam panas. Lakukan dua kali seminggu. Pasti kulit wajah anda akan bertambah cantik, insyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seperti kanak-kanak lain yang akan menjadi abang/kakak, Irfan tidak terkecuali semestinya perangai mengada-ngada meningkat 50% dari sebelumnya. Jika sebelum CN tahu tengah preggy, memang panas hati je dengan perangai mengada-ngada Irfan. Lepastu ibu CN cakap maybe CN preggy sebab Irfan ni macam 'ter'lebih manja.
2 mggu lepastu baru tergerak hati untuk check dan Alhamdulillah CN preggy. No wonder la Irfan dapat petanda awal2 dia bakal bergelar abang. Sebab tu perangai 'ter'lebih manja semakin menjadi-jadi. Alahai anak....
Nota kaki : Preggy kali ini CN pun makin mengada-ngada jugak mengalahkan Irfan,kesian Encik Suami ! hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







