T-Shirt Couple
T-shirt Save Gaza tu Encik Suami beli sempena kutipan derma untuk Gaza. Dia beli 2 semestinya untuk dia dan isteri tersayang. T-shirt #MSUcares tu pulak CN beli dekat adik ipar yang belajar di MSU sempena kutipan derma untuk mangsa banjir di Pantai Timur. Pun sama CN beli 2 semestinya untuk CN dan Encik Suami. Dan T-shirt hitam kesayangan iaitu EFG ni CN beli sempena menjadi ahli dalam group awesome ni, masih lagi dengan tema hitam dan masih lagi beli 2 untuk CN dan Encik Suami.
Nak dijadikan cerita, ini antara koleksi t-shirt hitam couple yang sempat CN snap gambar. Ada banyak lagi tapi tak larat nak cari sebab terperosok nun jauh dalam almari ! Hehehe
Banyak pulak t-shirt hitam dalam koleksi CN ni, tu belum termasuk t-shirt kelas selaku guru kelas. Budak-budak sekolah ni pun suka benor pilih kaler hitam. Siapa banyak koleksi t-shirt macam CN ni meh give me 5 !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~