Resepi Ikan Haruan Masak Lada Hitam
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Ikan Haruan Masak Lada Hitam Mudah
Bahan-bahan ikan haruan masak lada hitam :
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam
Cara memasak ikan haruan masak lada hitam:
Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.
* Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tiba-tiba terkenang kembali gambar semasa kahwin dulu. Ramai ingat gambar ni di ambil di studio tetapi ini adalah pokok bakau betul-betul di Pantai Kelanang. CN dengan kebaya pendek kain panjang gigih duk panjat pokok untuk dapatkan angle terbaik.
Motip? Terkenang badan tengah selim melim dulu-dulu. Sekarang baru preggy 2 bulan nak naik berat 56 kg ! Waaaa....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hargai Isteri Anda
CN ingin berkongsi dengan anda pembaca tersayang kartun islamik dari Pakar Diari Hati. Memang menyentuh perasaan. Terasa CN yang semakin chubby ni walaupun baru 4 tahun kahwin.
Kredit : Pakar Diari Hati
Nota : Kepada suami-suami di luar sana, sila hargai Isteri anda.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Educational Quotes
" When you know better, you do better "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~