Resepi Ikan Haruan Bakar
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Ikan Haruan Bakar
Bahan-bahan ikan haruan bakar :
Sekeping halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam
Kicap manis
Bawang kecil dimayang halus
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Ikan haruan
Asam jawa / asam keping / asam limau
Cara memasak ikan haruan bakar :
Cuci ikan haruan dengan air asam sehingga hilang lendir dan bersihkan dengan air. Toskan ikan yang telah dicuci dan kelar sedikit jika perlu. Tumbuk halia, kunyit dan garam sehingga lumat dan lumurkan pada ikan. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak. Lebih harum jika dibungkus dengan daun kunyit sewaktu membakar. Setelah masak, hidangkan dengan kicap manis yang diperasakan dengan bawang kecil dan lada hitam.
Siap suda ikan haruan bakar !

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Educational Quotes
" I not only use all the brains that i have, but all I can borrow "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apam Susu Gebu
Apam susu sememangnya menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan. Dia akan habiskan selagi ada di depan matanya. Serius memang sedap apam susu ni. Dengan rasanya yang gebu, sekali makan pasti nak lagi. Jika anda berminat untuk mencuba resepi apam susu gebu ini bolehlah rujuk di entry Resepi Apam Susu di sini.
Kali ini CN cuma menggunakan warna merah dan original sahaja. Nak lagi sedap, tukarkan pewarna merah kepada perasa strawberi. Serius akan rasa susu dan strawberi. Sedap tau ~
Ini adalah apam susu gebu setelah dipotong-potong. Irfan yang mengambil gambar ni sebab dia sudah biasa dengan aktiviti CN yang suka ambil gambar makanan yang dimasak. Blogger katakan ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat Hari Ulangtahun ke-3
Alhamdulillah, harini genap umur Irfan 3 tahun. Sekejab je masa berlalu. Bau masa Irfan baby pun masih terbau-bau je. Sedap sangat !
Dan diam-diam Irfan juga bakal bergelar abang long tahun depan. Bila ditanya Irfan nak baby boy ke gurl, mesti dia jawab nak boy. Dah pandai pilih tau.
Khas buat Irfanku sayang...
Selamat hari ulangtahun yang ke-3. Semoga Irfan membesar menjadi anak kebanggaan mama dan ayah. We LOVE you dear.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~