PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmata Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Terengganu.
Untuk maklumat lanjut sila muat turun maklumat di bawah:
Borang Permohonan Jurulatih Sukan |
Educational Quotes
" We all need someone who inspires us to do better than we know how "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sumbangan 2 Juta Pounds
Alahai, baiknya hati Puan Nur Aishah dan suami yang ingin menyumbangkan 2 juta pounds kepada CN atas alasan tidak dapat hidup lama. Almaklumlah, tiada cahaya mata. Eh ! Yeke?
Anda pernah menerima email seperti ini? Nampak macam real je kan? Tapi cubalah reply emailnya, pasti dia akan meminta sejumlah duit atas alasan kos peguam. Macam-macam cara nak menipu sekarang ni ! Alahai...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Memikat Lelaki
Hah ! Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 4C strategi memikat lelaki. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang masih lagi mencari pasangan hidup. Tip ini CN kongsikan dari Majalah Wanita Jun 2015 hasil penulisan Prof Madya Dr. Rusinah Siron.
4C Strategi Memikat Lelaki
1. CANTIK
Jadilah wanita yang cantik luaran dan dalaman untuk menarik perhatian lelaki diminati. Pakai pakaian yang sopan, ayu dan cantik dipandang mata. Tidak perlu pakaian yang sarat batu2 untuk menarik perhatian lelaki. CN ada seorang kawan lelaki yang memang suka tengok wanita berkurung cottan. Dia cakap apabila wanita berkurung cottan dan bertudung bawal, nampak ayu dan sopan je. Selain itu, hati yang bersih dari hasad dengki juga akan menyerlahkan seri wajah. Lelaki memandang pasti terpikat dan terikat hatinya !
2. CERIA
Paparkan sikap yang ceria dan gembira dengan rakan2. Bergaullah secara santai dan spontan. Boleh bergurau senda tapi elak berlebihan. Jaga kesopanan dan tingkah laku, tentu lelaki yang memandang akan tersangkut hatinya.
3. CERGAS
Mana-mana lelaki pun akan suka wanita yang cergas dan pantas. Bukan wanita yang lemah, letih, lesu dan layu. Anda boleh dekati lelaki yang diminati dengan memulakan perbualan tentang bola sepak ataupun sukan yang diminatinya. Walaupun anda sendiri berasa bosan tetapi tidak salah untuk cuba menyukai sukan tersebut.
4. CERDIK
Jadilah wanita yang cerdik di mata lelaki. Cerdik bukan kerana gred anda lebih tinggi tapi cerdik minda dengan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang membuatkan anda petah berbicara. Berbincang, berdebat dan berbual topik tentang isu semasa.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~