Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam
Dalam entry jalan-jalan ke Karangkraf , CN ada bercerita tentang lawatan Pengawas Pusat Sumber SMKTPG ke Shah Alam. Cuma 2 destinasi menjadi pilihan iaitu Kompleks Karangkraf & Perpustakaan Tun Raja Uda.
Okay, dari pagi sampai ke tengahhari kami berada di Komplek Karangkraf, kemudian terus bergerak ke Perpustakaan Tun Raja Uda. Disini kami solat zohor dan terus meronda-ronda bersama-sama pegawai incharge (harap maaf CN lupa namanya..hehe).
Ini kali pertama CN menjejakkan kaki kesini. Sangat kagum kerana bangunannya yang besar dan lengkap serta di lengkapi dengan karpet. Jadi pengunjung mesti membuka kasut. Jangan risau akan kasut anda kerana beg kasut disediakan. Jadi anda boleh mengunsung beg kasut anda ke mana-mana saja anda pergi.
Gambar atas : Setiap tingkat mempunyai tema dan warna karpet yang berbeza
Gambar bawah : Ketika taklimat oleh pegawai incharge
Paling mengujakan adalah terdapat tayangan 4D dengan bayaran RM10. Kemain eksited CN nak tengok cerita 4D ni, tetapi ibu mengandung dilarang sama sekali ! Waa..kecewa sudah..
Ok, tolak tepi soal kecewa. CN nak highlight kan disini terdapat bahagian kanak-kanak yang sangat mengujakan. Disini anda boleh bersantai bersama-sama anak membaca buku dan bermain. Paling menarik adalah deco pokok besar yang menjadi sasaran kami untuk bergambar seperti gambar di bawah. Disebabkan disini adalah bahagian kanak-kanak, jadi nak bising pun tak apa ! Weeee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~