Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam
Dalam entry jalan-jalan ke Karangkraf , CN ada bercerita tentang lawatan Pengawas Pusat Sumber SMKTPG ke Shah Alam. Cuma 2 destinasi menjadi pilihan iaitu Kompleks Karangkraf & Perpustakaan Tun Raja Uda.
Okay, dari pagi sampai ke tengahhari kami berada di Komplek Karangkraf, kemudian terus bergerak ke Perpustakaan Tun Raja Uda. Disini kami solat zohor dan terus meronda-ronda bersama-sama pegawai incharge (harap maaf CN lupa namanya..hehe).
Ini kali pertama CN menjejakkan kaki kesini. Sangat kagum kerana bangunannya yang besar dan lengkap serta di lengkapi dengan karpet. Jadi pengunjung mesti membuka kasut. Jangan risau akan kasut anda kerana beg kasut disediakan. Jadi anda boleh mengunsung beg kasut anda ke mana-mana saja anda pergi.
Gambar atas : Setiap tingkat mempunyai tema dan warna karpet yang berbeza
Gambar bawah : Ketika taklimat oleh pegawai incharge
Paling mengujakan adalah terdapat tayangan 4D dengan bayaran RM10. Kemain eksited CN nak tengok cerita 4D ni, tetapi ibu mengandung dilarang sama sekali ! Waa..kecewa sudah..
Ok, tolak tepi soal kecewa. CN nak highlight kan disini terdapat bahagian kanak-kanak yang sangat mengujakan. Disini anda boleh bersantai bersama-sama anak membaca buku dan bermain. Paling menarik adalah deco pokok besar yang menjadi sasaran kami untuk bergambar seperti gambar di bawah. Disebabkan disini adalah bahagian kanak-kanak, jadi nak bising pun tak apa ! Weeee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ujian Bertulis PT3 2015
Kini tibalah masanya untuk calon PT3 2015 menempuh peringkat terakhir PT3 selepas PT3 Geografi & Sejarah iaitu Ujian Bertulis PT3 untuk beberapa matapelajaran. Tahun ini adik kandung dan adik ipar CN adalah calon PT3. Dan seperti biasa yang over risau adalah kakak mereka.
Harap-harap mereka dapat menjawab soalan dengan tenang. Begitu juga dengan semua calon PT3 2015 seluruh Malaysia, CN ingin mengucapkan semoga anda semua berjaya menjawab soalan dengan tenang dan beroleh keputusan yang cemerlang, InsyaAllah.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Lawatan sambil belajar anjuran Pusat Sumber SMKTPG yang berlangsung minggu lepas melibatkan 86 bilangan pelajar dan 8 orang guru. Destinasi lawatan kali ini adalah ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam dan Perpustakaan Tun Raja Uda. CN akan ceritakan tentang Perpustakaan Tun Raja Uda di entry berikutnya ye.
Ini merupakan kali kedua CN datang ke sini. Kali pertama ketika Jualan Gudang Karangkraf 2 tahun yang lepas ! Hehe..
Lawatan bersama pelajar ini memang best kerana kami dibawa masuk ke kilang percetakan yang terletak di dalam kompleks ini juga. Untuk pengetahuan anda, kilang percetakan ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Dan yang paling best, ia adalah milik melayu bumiputera. Jika anda lihat di sekitar kompleks ini terletaknya kilang-kilang jenama antarabangsa, tetapi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf berdiri teguh ditengah-tengahnya melambangkan kejayaan anak Melayu.
Kami berada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sehingga tengah hari. Banyak jugalah pelajar2 dan cikgu2 memborong novel dan majalah di sini. CN? Jangan tak percaya, ketika semua orang sibuk membeli belah di pusat jualan, CN boleh diam2 makan di cafetaria disitu. Lapar beb ! Hehe
Oklah, layanlah beberapa keping gambar dari kamera henfon CN yang tak berapa canggih ni. Nak harapkan gambar dari kamera pelajar2 yang canggih2 memang lambatlah...
Suasana di dalam kilang percetakan milik bumiputera yang terbesar di Asia Tenggara, bangga beb !
Cikgu-cikgu berlatarbelakangkan deco wall yang cantik
Eh ! Bambamnya CN disitu
Bergambar bersama editor Majalah Remaja (duduk baju purple) dan editor Majalah Media Hiburan (duduk tengah2 antara pelajar tu). Editor majalah Remaja ni memang sporting melayan pelajar perempuan bergambar, kulit wajahnya pun cantik, jeless tawww
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Jom kita bersukan ! Preggy mom macam CN ni buat yoga jela..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~