Cara Membuat 'Kek Handbag'
Adakah anda sekreatif ini untuk membuat kek berbentuk handbag? Wah ! Sangat kagum dengan orang yang super kreatif macam dalam video di bawah ini. Nak makan kek ni pun sayang tau kalau tengok hasil kerja yang sangat detail.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PENGHANTARAN ARTIKEL UNTUK PENERBITAN JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 17 untuk tahun 2016.
Syarat-syarat penyertaan untuk menerbitkan jurnal penyelidikan adalah seperti berikut:
- Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.
- Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan di dalam atau di luar negara
- Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan
- Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.
- Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)
- Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.
- Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.
- Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy)
- Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel nasithah.hamid@moe.gov.my
- Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) hendaklah dihantar kepada:
Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr Maimunah Muda)
Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 31 Mei 2016
- Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami selepas 31 Mei 2016, bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda melalui talian 03 88846593 atau Puan Nasithah Abd Hamid melalui talian 03 88846567
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kisah Nabi
Cerita nabi dalam bentuk bergambar seperti di bawah sangat menarik untuk si kecil. Ceritanya ringkas dan mudah difahami oleh si kecil anda. Disini CN kongsikan koleksi cerita nabi dari Ashar Purwanto yang dikongsi di facebooknya.
Cerita Nabi Muhammad SAW
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lagu Potret dari Akim & The Majistret
Masih lagi hangat bercerita tentang Juara AJL ke-30 iaitu lagu Potret dari Akim & Majistret. Lagu faveret CN & Irfan Hensem tuh..memang puas hati lagu ni menang. Tapi bukan tentang itu yang CN nak cerita, tapi tentang penangan SEO.
Tidak sangka, malam tu ramai orang Google tentang lagu Potret ini. Mujur CN pernah buat entry tentang lagu ni, almaklumlah, lagu faveret, mestilah nak share video dan lirik lagu kan? Masyuk juga la view malam tu..hehe
Inilah SEO, entry lama yang dibuat April 2015 kembali hits disebabkan menjadi juara AJL. Jangan kecewa jika entry anda tidak 'hot' sekarang, manalah tahu beberapa tahun akan datang, entry anda akan menjadi viral..kan2?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~