Gejala preeclampsia
Preeclampsia adalah suatu gangguan yang muncul ketika usia kehamilan lebih dari 20 minggu. Preeclampsia adalah suatu keadaan di mana tekanan darah meningkat ketika kehamilan.
2 jenis preeclampsia dan gejala-gejalanya
Preeclampsia ringan
: Tekanan darah yang tinggi
: Tubuh menahan air
: Protein terdapat dalam air kencing
Preeclampsia berat
: Sakit kepala
: Pandangan kabur, tidak dapat melihat cahaya yang terang
: Kelelahan
: Mual/muntah
: Buang air kecil yang sedikit
: Sakit di perut bahagian kanan atas
: Nafas pendek dan mudah cedera
Golongan berisiko mengalami preeclampsia
Berikut adalah senarai ibu hamil yang berisiko tinggi mengalami preeclampsia
: Pertama kali hamil
: Ibu hamil yang ibunya atau saudara perempuannya pernah mengalami preeclampsia
: Ibu hamil dengan kehamilan kembar
: Ibu hamil pada usia remaja dan ibu hamil berusia lebih dari 40 tahun
: Ibu hamil yang sebelum kehamilannya menghidapi penyakit darah tinggi atau penyakit ginjal
Cara rawatan preeclampsia
Rawatan preeclampsia bergantung kepada tempoh kehamilan pesakit. Jika tarikh sudah cukup hampir dan bayi dianggap cukup matang, doktor mungkin akan menyarankan untuk melahirkan bayi seberapa segera yang mungkin.
Tetapi jika mengidap preeclampsia sederhana dan bayi masih belum berkembang secara penuh, doktor akan mencadangkan beberapa cara seperti di bawah :
: Beristirehat atau berbaring secara mengiring pada sisi kiri tubuh agar janin tidak menindih salur darah
: Sering melakukan pemeriksaan sebelum kelahiran
: Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
: Minum 8 gelas air setiap hari
Tetapi jika mengidap preeclampsia yang berat pula, doktor akan merawat dengan memberikan ubat-ubat untuk mengawal tekanan darah sehingga perkembangan bayi sudah cukup untuk dilahirkan dengan selamat.
Sumber : Buku Panduan Lengkap Kehamilan terbitan Telaga Biru
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Menggoreng Cucur Bawang
Cucur bawang atau apa sahaja jenis cucur memang sedap dimakan ketika panas-panas. Tambah-tambah lagi dicicah bersama sambal setan, memang sukar untuk berhenti makan! Walau bagaimanapun, cara menggoreng yang salah akan menyebabkan cucur tersebut berminyak dan liat apabila dimakan.
Tahukah anda bagaimanakah caranya untuk menghasilkan cucur bawang yang sedap dan kurang berminyak?
Cara Yang Betul Goreng Cucur Bawang
Adunan dimasukkan hanya setelah minyak panas. Kurangkan menterbalik cucur kerana ia akan lebih menyerap minyak. Setelah dikeluarkan dari kuali, lambakkan cucur di atas kertas tisu.
Selamat mencuba.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ulangtahun Kelahiran Suami
Alhamdulillah, hari ini genaplah umur Encik Suami 3+. Dah lama masuk 3 series ni, almaklumlah lagi 'tua' dari CN ! Ahaks..
13 Februari 2011 dulu, pada tarikh inilah majlis bersanding kami. Sekejab je masa berlalu. Encik Suami kini bakal menjadi ayah kepada anak 2. Semoga menjadi ayah yang terbaik dunia & akhirat, insyaAllah.
Encik Suami dan Irfan ketika berumur 6 bulan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Si bambam #IrfanHensem versi gegurl ! Ini adalah pembulian bergabung atuk dan arwah nenek Irfan. CN cuma tukang amik gambar je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




