Cara Menguruskan Susu Perahan
EBM atau pun susu perahan sebenarnya mudah untuk diuruskan jika anda tahu caranya. Disini CN kongsikan 4 langkah mudah untuk pengurusan susu perahan yang patut anda tahu. Jangan ingat ibu sahaja yang perlu tahu ye, Encik Suami pun kena tahu.
Alhamdulillah, Encik Suami CN amat supportive untuk exclusive bf ni. Yela, dia pun manyak untung tak perlu beli susu formula yang mahal benor di luar sana tu !
![]() |
| Cara menguruskan susu perahan (ebm) |
Bagaimana Menguruskan Susu Perahan?
1. Bekas penyimpanan : Terdapat banyak pilihan bekas penyimpanan susu perahan seperti botol susu free BPA, plastik seperti jenama Autumnz dan Jingle Jungle dan bekas dadih.
2. Tandakan bekas simpanan susu : Tandakan dengan nama baby, tarikh & masa.
3. Sukatan : Isikan susu perahan mengikut sukatan 1x penyusuan dalam 1 bekas.
4. Suhu penyimpanan : Terdapat beza tempoh masa penyimpanan bergantung kepada tempat penyimpanan serta keadaan susu tersebut sama ada pada suhu bilik (4 jam), sejuk (6-8 jam) dan beku.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Makanan Penambah Berat Badan Bayi
Bila bawak anak check up ke klinik, perkara pertama yang nak ditengok adalah berat badan bayi. Paling risau kalau berat bayi tak naik. Betul tak?
Disini CN kongsikan jenis makanan yang boleh menambah berat badan bayi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Jenis makanan yang boleh menambah berat badan bayi
1. Susu
2. Pisang
3. Daging ayam
4. Minyak zaitun
5. Ubi manis
6. Aprikot
8. Mentega kacang
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Membanyakkan Susu Badan
Alhamdulillah, pada 30/3/2016 waktu solat zohor, lahirlah puteri CN seberat 3.78kg. Lima hari CN 'berkampung' di Hospital Banting ekoran overdue akhirnya hari ke-5 CN di'paksa' bersalin dengan induced kerana baby telah berak di dalam perut. Walaupun bayi agak besar, tapi CN dapat bersalin secara normal tanpa alat bantuan dan mengalami luka jahitan first degree sahaja. Syukur alhamdulillah.
Menjadi idaman semua ibu untuk menyusukan anak sebaik dilahirkan. Alhamdulillah, selepas bersalin CN mampu menyusukan sang puteri tanpa sebarang masalah. Mungkin faktor anak kedua dan pengalaman menyusukan Irfan sehingga 3 tahun menjadikan proses penyusuan ini tiada masalah. Bagi CN, tips utama untuk membanyakkan susu badan adalah persediaan awal sebelum bersalin.
Apa yang CN amalkan sebelum bersalin adalah sentiasa membersihkan bahagian areola, minum susu kambing, pengambilan makanan sunnah dan satu rahsia yang CN nak kongsikan ini adalah pengambilan Mamom Milkbooster Herbawork seminggu sebelum bersalin.

Testimoni Mamom Milkbooster Herbawork
Sepanjang 5 hari di Hospital menantikan kelahiran sang puteri, CN telah amalkan pengambilan sebiji Mamom Milkbooster Herbawork ketika warded di hospital. Rasa Mamom ni memang sedap dan berbau wangi. Alhamdulillah, susu badan banyak dan yang paling best adalah CN dapat hampir 5oz susu perahan pada hari ketiga pada sekali perahan seperti gambar di atas. Sehingga kini iaitu hari ke-5 berpantang, selain memberi direct penyusuan kepada sang puteri, CN juga mampu mengumpul stok susu untuk bekerja nanti. Terima kasih Mamom Milkbooster Herbawork !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~