Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. CN amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!
Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.
Lagu Kalau Rasa Gembira
Lagu Chan Mali Chan
Lagu Lompat Si Katak Lompat
Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak anda boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...
Ada yang nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad.
Selamat Hari Guru buat diri sendiri dan juga rakan-rakan guru di seluruh Malaysia. Tahun ni merupakan tahun ketujuh CN bergelar seorang guru dan tahun ini juga merupakan tahun pertama CN tak dapat sambut hari guru kerana cuti bersalin ! Waa.. Its ok, ucapan selamat hari guru tetap diterima di media sosial dari pelajar2 tersayang. Yang paling terharu, ex-student CN di SMK St Mary yang kini telah berumur 23 tahun masih tetap tidak melupakan memberi ucapan hari guru buat gurunya yang jauh di Banting.
Jika tahun lepas, tema sambutan hari guru adalah 'back to school', tahun ini pula tema adalah kembar. Tak sabar tunggu gambar2 kembar dari rakan-rakan guru di SMKTPG. Mesti havoc sebab dorang semua sporting.
Jika tahun lepas, tema sambutan hari guru adalah 'back to school', tahun ini pula tema adalah kembar. Tak sabar tunggu gambar2 kembar dari rakan-rakan guru di SMKTPG. Mesti havoc sebab dorang semua sporting.
~ Cerita Cikgu dari Cikgu Norazimah ~
Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Lagi-lagi guru kepada generasi Z, fuh ! Mencabar jiwa dan raga tau. Disini CN kongsikan 20 perkara menarik tentang guru yang patut anda tahu.
![]() |
| 20 Perkara Menarik Tentang Guru |
![]() |
| Kalau fikir stress, memang kusut je la muka tu. Lagi-lagi bila kembali bertugas selepas 3 bulan bercuti ni, confirm stress ! Hehe |
![]() |
| Dasyat kan? Jawatan guru antara jawatan kerajaan yang teramai. |
![]() |
| Inilah cikgu, bila pelajar berjaya atas usaha sendiri, bila gagal salahkan cikgu..huhu |
![]() |
| Betul, CN tak suka ajar topik database, bosan owh..hehe |
![]() |
| Ini memang tidak dapat disangkal. Kalau cikgu boleh claim ot rasanya duit ot lagi banyak dari duit gaji! |
![]() |
| Yela, bila masa PT3, bukan student je duk sibuk study, cikgu pun study gak benda untuk di share dengan student, siap belajar dengan sifu bagai lagi tau. |
![]() |
| CN is media social influencer & blogger, jadi faham-faham jela..ahaks~ |
![]() |
| CN tak suka kelas yang suram, nak belajar pun bosan kan? |
![]() |
| Cikgu adalah manusia biasa yang ada perasaan kecewa dan sedih. Jangan hampakan harapan cikgu anda ye. |
![]() |
| Betul la tu, CN selalu mintak pelajar doakan CN dimurahkan rezeki lagi |
![]() |
| Kalau dibandingkan dengan gaji jawatan lain, memang tak kaya jadi cikgu ni. Tapi cikgu kaya di 'sana', insyaAllah |
![]() |
| Cikgu tu manusia biasa je yang berkahwin, ada suami, ada anak,..bukan malaikat ye yang tak buat salah |
![]() |
| Rasa bangga dan terharu bila pelajar tegur cikgu di luar. Lagi-lagi bila ex-student masih lagi hantar ucapan selamat hari guru walaupun dah bertahun-tahun tinggalkan sekolah |
![]() |
| CN tak suka sangat, malas nak baca. CN suka straight to the point ! |
![]() |
| Yes, CN selalu cakap dengan pelajar jika ada masalah cerita la dengan CN, walaupun tak dapat tolong, dapat tolong dengar pun ok kan? |
![]() |
| Sebab tu orang kata cikgu ni busy body, sampaikan hal rumah pelajar pun cikgu tahu dan cuba tolong apa yang mampu |
![]() |
| Inilah masalah pelajar, bagi mereka ni cikgu tahu segalanya ! Sampaikan cikgu terpaksa 'google' masa tengah mengajar untuk cari jawapan tau. |
![]() |
| Alhamdulillah.. Selamat Hari Guru kepada semua guru yang membaca entry CN ini. |
~ Cerita cikgu dari Cikgu Norazimah ~
Memang dugaan bila mempunyai baby dan pada masa yang sama ada si abang yang beza umur cuma 4 tahun sahaja. Walaupun Irfan dah faham setiap arahan, tapi perasaan cemburu pada adik memang sukar dihalang. Tenangnya hati bila tengok Irfan cium pipi si adik, tapi perasaan tu bertukar menjadi geram bila dia cubit pipi adik sekuat hati siap cakap "geram!".
![]() |
| Irfan Hensem & Dhia Zahra |
Tengoklah gambar di atas ni, sampai senget-senget pipi Baby Dhia dicium oleh abang Irfan. Bila ditanya kenapa cium adik, jawapannya adalah "Abang sayang adik". Tapi automatik lepas dicium adik mesti akan dicubit pipi si adik pulak. Alahai anak..
Bukan mudah untuk menjaga hati si abang yang cemburu dengan kehadiran si kecil. Semakin hari semakin menduga jiwa dan raga ragam si Irfan yang nak kan perhatian. Sabar jela. Itulah permata hati CN.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~



























