Sejak ada anak 2 ni segalanya kena cepat dan ringkas. Kalau pakai tudung pun tak boleh pakai banyak-banyak pin takut terkena muka baby Dhia bila dukung dia. Jadi pilihan CN tentulah shawl instant dua muka yang sangat mudah dipakai. Tak perlu beli shawl instant dua muka, boleh buat sendiri je dengan menggunakan shawl yang melambak-lambak tu dan semestinya faveret CN pashmina yang lembut dan tidak jarang. Hah ! Meh sini CN share tutorial cara pakai shawl dua muka tanpa jahit dan hanya menggunakan pin sahaja! Semudah abc !
Jom la lihat video tutorial cara pakai shawl dua muka dengan menggunakan pin dari Bakawali Couture.
![]() |
| Tutorial cara pakai shawl dua muka dengan menggunakan pin sahaja |
Video Tutorial Cara Pakai Shawl Dua Muka Dengan Menggunakan Pin Tanpa Jahit
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Encik Suami dan ayah mertua CN mempunyai hobi memancing yang menyebabkan terlalu banyak ikan besaq-besaq dalam peti ais. Jenuh duk fikir nak masak apa dengan ikan siakap ni, last-last Irfan Hensem cakap dia nak makan sup. Jadi timbullah idea sup ikan siakap untuk seisi keluarga. Senang je buat sup ni, campak-campak je terus siap ! Hehehe
Sebenarnya sup adalah makanan faveret Irfan, disebabkan sayangkan anak, CN pun tersuka sup walaupun sebelum ni memang tak berapa suka sup2 ni. Almaklumlah, malas nak masak banyak-banyak jenis lauk. Dalam sup ikan siakap ni dah lengkap dengan sayur sekali. Dah senang hidup. Nak pedas jangan lupa sambal kicap ye. Senang je nak buat sambal kicap ni, blender je kicap bersama cili padi dan bawang. Dah berasap makan tau.
Jom cuba resepi sup ikan siakap versi CN ni. Memang mudah dan pastinya sedap.
![]() |
| Sup ikan siakap |
Resepi Sup Ikan Siakap
Bahan-bahan membuat sup ikan siakap
Seekor ikan siakap yang dipotong-potong (kepala ikan simpan untuk buat kari ye, hehe)
1 Kiub ikan knorr
Sebiji lobak merah dipotong panjang-panjang
4 biji tomato
3 batang seleri
3 batang daun sup dan daun bawang
1 ulas bawang besar dipotong halus
4 ulas bawang putih dipotong halus
Seulas halia
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
Cara-cara memasak sup ikan siakap
1. Ikan siakap yang dipotong-potong tadi digoreng sedikit untuk takmo hancur masa dalam sup nanti dan ditoskan. Ada juga ikan siakap yang agak hanyir, jadi dengan menggoreng sedikit akan menghilangkan hanyir ikan tu.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan kayu manis dan cengkih. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan air dan dibiar mengdidih.
4. Masukkan daun seleri, lobak merah, tomato dan ikan yang digoreng sedikit tadi.
5. Masukkan kiub ikan knorr dan garam secukup rasa. Tutup air dan masukkan daun sup serta daun bawang.
6. Siap sudah sup ikan siakap yang sedap ! Kalau nak pedas boleh dimakan bersama cili kicap.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tema Reka Cipta untuk SPM 2017 kini boleh diakses di laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia atau klik sahaja link dibawah. Tema kerja kursus SPM 2017 ini adalah untuk matapelajaran Reka Cipta kertas 2 kod kertas 3763/2. Semoga berjaya kepada semua calon SPM yang mengambil matapelajaran reka cipta ini.
Tugasan Tema Kerja Kursus SPM 2017
Reka Cipta Kertas 2
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~






