Pasti anda terdetik di hati betapa kedekutnya sang kekasih menghadiahkan bunga kering untuk tersayang. Sabar ye, jangan terus labelkan si dia kedekut. Ini bunga kering bukan sebarang bunga kering, ini bunga kering dari PegasusFlorist. Bunga kering yang CN maksudkan ini adalah bunga lavender yang dikeringkan secara semulajadi tanpa bahan pengawet. Masa abang posmen hantar sejambak bunga lavender kering ni, dari luar dah bau semerbak tau.
![]() |
| Sejambak bunga lavender kering untuk si dia |
Kelebihan Lavender Kering dari PegasusFlorist
Sudah tentu bunga lavender dari PegasusFlorist ini dikeringkan secara semulajadi tanpa sebarang pewangi tambahan. Memang boleh berangan baring di atas ladang lavender bila cium sejambak bunga lavender kering ni tau. Siap terbayang-bayang menari dengan Encik Suami gituw, hover !
Paling best, bau wangi bunga lavender kering ni boleh tahan sehingga 1 tahun. Memang sesuai dijadikan sebagai hiasan di rumah, bukan sahaja berbau wangi dan menenangkan, malah cantik dipandang. Lepas ni kalau nak hadiahkan bunga buat sang kekasih, apa kata tukar kepada lavender kering dari PegasusFlorist, bukan sahaja lagi murah, tapi bau yang tahan lama. Jimat !
"Kakak CN, rumah saya dekat ceruk kampung, boleh ke delivery?"
Jangan risau dek Non, delivery seluruh Malaysia. Anda akan dapat sejambak bunga lavender yang dibungkus seperti gambar di bawah, memang selamat bunga anda tau.
| Pembungkusan bunga lavender kering |
Bau Lavender Kering yang Menenangkan Jiwa
Baru-baru ni CN memang stress dengan pemantauan untuk pentaksiran TMK dan dalam masa yang sama duk sibuk menanda 216 skrip jawapan PT3 Geografi ! Stress mak tau ! Mujurlah balik sekolah je, tengok abang posmen hantar parcel yang bau wangi. Yes ! Bunga lavender kering ku dah sampai !
Eksited CN bukak parcel yang semerbak bau ni, memang selamat bunga anda sebab dibungkus rapi. Bila cium je, fuh, tenang je hati. Berbaloi-baloi beli sebab cantik dibungkus dan bau yang wangi. Nanti bolehlah hadiahkan bunga lavender kering untuk adik CN si Cik Wany masa konvo dia nanti, jimat ! Hehehe
![]() |
| Tenang je jiwa dengan bau wangi lavender kering |
Berminat untuk menghadiahkan bunga lavender kering untuk tersayang?
Facebook : https://www.facebook.com/pegasusflorist
Instagram : https://www.instagram.com/pegasusflorist_my/
![]() |
| Irfan pun suka bau wangi lavender kering dari PegasusFlorist |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sebenarnya di pasaran ada pelbagai jenama-jenama milk booster. Tapi jenama Umma Lacto ini adalah antara pilihan terbaik yang perlu anda cuba jika anda suka milk booster jenis minuman. Sangat rekemen.
Berdasarkan pemerhatian. Lebih 95% ibu menyusu yang mengalami masalah breastfeeding yang menggunakan Umma Lacto memberi feedback yang sangat memuaskan. Selebihnya 5% mungkin tidak serasi dengan mereka. Saya telus dalam memberi review sebab tidak semua produk adalah sempurna sebab badan manusia adalah tidak sama.
Kenapa Umma Lacto Menjadi Pilihan Ibu Menyusu?
Selain kelebihan yang saya akan tulis dibawah. Faktor utama adalah kerana rasanya sangat sedap. Ini memang saya puji. Bagi yang tidak suka minum susu pun boleh terima rasanya.
Ada pengguna berbangsa Cina yang mengamalkan Umma Lacto Milk Booster ini dengan minum dua kali sehari dimana sepatutnya sehari sekali sahaja. Alasannya sebab rasanya sangat sedap bagi beliau. Beliau sanggup beli 6 kotak untuk simpanan sebulan.
Pengguna Umma Lacto ini bukan sahaja Melayu malah bangsa Cina dan India juga ramai yang menggunakannya kerana sedap dan dapat memperbanyakkan susu badan.
Kelebihan Umma Lacto:
- Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
- Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
- Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
- Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
- Membantu mengelakkan sembelit
- Membantu kesihatan perut dan kolon
- Sebagai prebiotik ibu dan anak
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
- Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
- Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
- Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
- Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut
Cara Pengambilan Umma Lacto:
Minum pagi dan/atau malam. Bancuh dengan air suam atau biasa sebanyak 150-250ml. Boleh tambah air ikut kesesuaian rasa individu.
Apa Kata Ibu Menyusu Yang Menggunakan Umma Lacto Milk Booster (Testimoni)
Ibu 1
Saya dah try minum umma lacto memang berkesan, susu sentiasa ada sampai bra basah, baby pun cepat kenyang.
Ibu 2
Membantu banyakkan susu dengan izin Allah, rasa pun sedap dan mengeyangkan.
Ibu 3
Susu banyak sampai basah baju dibuatnya, lebih-lebih lagi waktu malam. Anak saya kenyang dan tidur lena sampai pagi. Saya happy sangat.
Ibu 4
Sebelum saya amalkan Umma Lacto, susah hendak dengar anak sendawa selepas minum susu. Selepas saya amalkan Umma Lacto, anak kerap sendawa selepas menyusu.
Ibu 5
Dua hari minum Umma Lacto, susu dah dapat 4oz. Sebelum ini hanya 2oz sahaja. Sekarang tidak perlukan bantuan susu tepung lagi.
Sebenarnya ada banyak lagi feedback-feedback positif yang anda boleh google berkaitan Umma Lacto.
Di mana hendak dapatkan produk Umma Lacto ini?
Untuk pengetahuan ibu-ibu yang ingin dapatkan Milk Booster ini. Diharapkan berhati-hati sebab saya difahamkan ada banyak produk tiruan untuk Umma Lacto ini. Maklumlah produk ini permintaannya sangat tinggi dan mulalah ada insan yang tak bertanggungjawab yang cuba buat produk tiruan.
Jadi saya sarankan anda beli Umma Lacto ini di website The Baby Store. Beli melalui atas talian atau boleh COD di Shah Alam.
Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Sebab The Baby Store adalah trusted online seller... website pun cantik. Tambahan pula setiap belian anda buat di website ini anda akan dapat mata ganjaran dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya. Anda juga boleh tebus pada produk lain juga.
Sebelum terlupa, jika anda pengguna pertama. Setiap pendaftaran baru akan menerima 200 mata ganjaran. Anda boleh tebus pada belian pertama.
Klik Link ini ---> http://thebabystore.com.my/Umma-Lacto-en
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Akhirnya sampai juga parcel yang ditunggu-tunggu dari California. Dalam masa seminggu je barang dah sampai, memang best. Website membeli belah yang baru di Malaysia iaitu www.patpat.com menawarkan pelbagai barangan untuk ibu & anak. Paling menarik apabila membeli di www.patpat.com ini adalah keunikan cara mereka mem'persembahkan' barangan yang dibeli.
Jika lihat bungkusan di bawah, CN membeli 3 barangan dan setiap barang dibungkus dengan plastik bag yang unik siap berzip tau !
Bungkusan barangan PatPat yang unik
![]() |
| Apa yang menariknya membeli di PatPat? |
Pendaftaran di www.patpat.com juga amat mudah. Anda hanya perlu mendaftar dan log in, kemudian shopping !!! Eh, bila dah shoping mesti kena bayar kan? Jangan risau, anda boleh memilih sama ada untuk membayar menggunakan credit card, Malaysia E-Banking dan PayPal. Mudah bukan ?
Cara Pembayaran di PatPat
Nak tengok barangan yang CN shopping ? Ini baru teaser, nanti CN up entry bergaya dengan barangan ni tau. Memang puas hati ! Lagi-lagi handbag baru tu, sukanya !
Pelbagai Barangan Menarik Ibu & Anak di PatPat
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
















