Baby Dhia ni lepas kena inject je mesti demam. Kali ni demam siap dengan pakej batuk dan selsema. Kesian sangat tengok si kecil tak selesa tidurnya, asyik terjaga je sebab susah nak bernafas. Adik CN ada share tentang minyak bawang putih yang mampu ubati batuk bayi secara semulajadi. Jadi CN cubalah buat dan sapu pada si kecil ni, alhamdulillah, memang berkesan. Setelah 2 hari sapuan secara konsisten, baby Dhia dan boleh tersenyum dan eksited main dengan abangnya Irfan Hensem.
Petua ubati batuk bayi secara semulajadi
Bahan-bahan untuk minyak bawang putih
Tiga ulas bawang putih
Baby Oil Johnson (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak/zaitun)
Cara-cara membuat minyak bawang putih
1. Bakar bawang putih bersama dengan kulit sehingga hitam sikit
2. Buang kulit tersebut dan masukkan ke dalam bekas.
3. Tuang baby oil ke dalam bekas tersebut dan goncangkan sehingga sebati
Cara penggunaan minyak bawang putih
Sapukan minyak bawang putih pada dada dan belakang bayi sambil berselawat dan berdoa semoga cepat sembuh. Sapukan juga pada tapak kaki, betis dan tulang hidung si kecil. InsyaAllah, berkat doa ibu cepatlah sembuh si kecil.
Sejarah Irfan dulu 2 kali warded sebab batuk berkahak, kali ni CN kena struggle dengan Baby Dhia, takmo dah duk 'lepak' lama-lama dekat hospital, penat !
Alhamdulillah, berkat kerajinan CN kerap sapukan minyak bawang putih pada baby Dhia selepas mandi dan sebelum tidur, kahak si kecil ni dah berkurang dan selesema pun dah baik setelah 2 hari konsisten sapu. Kalau tak berhari-hari tak baik tau selesemanya, kesian sangat. Betullah orang cakap, kaedah tradisional lagi berkesan dari penggunaan ubat ubatan ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~