CN sudah jatuh cinta dengan pelbagai produk dari Printcious.my tau ! Sebelum ni CN puas hati sangat dengan jubin seramik bergambar dan mini-T sebagai hiasan, kali ini bantal kaler merah bergambar yang sangat cantik dan jelas tau gambarnya ! Puas hati sangat ! Kualiti sarung bantal ni memang superb dengan gambar we'uoll satu family yang cantik gituw. Lepas ni nak beli lagi la bantal dengan gambar lain pulak sebab bantal ni Irfan Hensem dah declare dia punya, nanti risau pulak si Baby Dhia berebut nak jugak. Dah gaduh ! Hehehehe
Bantal gebu bergambar ni cuma berharga RM49 sahaja. Anda boleh pilih bentuk square atau love. Gambar pada bantal ni diambil hanya menggunakan hp samsung sahaja tau, tapi memang cantik apabila diprint pada bantal kaler merah ni. Mula-mula CN risau juga takut kualiti gambar tak jelas, tapi bila abang posmen hantar bantal ni ke rumah, bila bukak je parcel memang eksited sebab gambar cantik dan jelas.
Bantal gebu bergambar ni cuma berharga RM49 sahaja. Anda boleh pilih bentuk square atau love. Gambar pada bantal ni diambil hanya menggunakan hp samsung sahaja tau, tapi memang cantik apabila diprint pada bantal kaler merah ni. Mula-mula CN risau juga takut kualiti gambar tak jelas, tapi bila abang posmen hantar bantal ni ke rumah, bila bukak je parcel memang eksited sebab gambar cantik dan jelas.
Menjadikan hadiah lebih bermakna di Printcious.my
Printcious.my adalah satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang comel-comel serta harga yang berpatutan. Ada pelbagai pilihan hadiah untuk lelaki, wanita malah kanak-kanak juga. Pendek kata semua ada disini. Anda boleh memilih hadiah sempena Birthday, Hari Ibu, Hari Bapa dan paling menarik, ada juga pelbagai hadiah sempena Hari Kebangsaan ni. Wah ! Best kan?
![]() |
Hadiah DIY buat tersayang
Apa yang menarik di Printcious ni adalah anda boleh design sendiri hadiah untuk tersayang. Selain template yang dicadangkan, anda juga boleh menggunakan gambar sendiri untuk item yang anda pilih.
Sebagai contoh, CN nak bantal bergambar family kaler merah macam yang Irfan pegang tu. CN pilih Create -> Basic-cushions (square) -> Pilih kaler merah -> Customise It.
Hah ! Anda boleh upload gambar atau pilih saja mana-mana gambar dari Facebook/Instagram anda. Mudah bukan? Sudah siap design bolehlah Add to Cart.
Berminat untuk mendapatkan hadiah DIY untuk tersayang?
Jom daftar di Printcious untuk mendapatkan hadiah DIY yang menarik untuk yang tersayang.
Jadi apa tunggu lagi, tempahlah sekarang hadiah peribadi anda untuk yang tersayang di Printcious. Ianya akan menjadi lebih bermakna hanya di Printcious.my - "Precious Gift From Your Heart"
Untuk keterangan lanjut, sila layari -->>
Website : http://www.printcious.my/
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Twitter : https://twitter.com/printcious
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baby Dhia ni lepas kena inject je mesti demam. Kali ni demam siap dengan pakej batuk dan selsema. Kesian sangat tengok si kecil tak selesa tidurnya, asyik terjaga je sebab susah nak bernafas. Adik CN ada share tentang minyak bawang putih yang mampu ubati batuk bayi secara semulajadi. Jadi CN cubalah buat dan sapu pada si kecil ni, alhamdulillah, memang berkesan. Setelah 2 hari sapuan secara konsisten, baby Dhia dan boleh tersenyum dan eksited main dengan abangnya Irfan Hensem.
Petua ubati batuk bayi secara semulajadi
Bahan-bahan untuk minyak bawang putih
Tiga ulas bawang putih
Baby Oil Johnson (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak/zaitun)
Cara-cara membuat minyak bawang putih
1. Bakar bawang putih bersama dengan kulit sehingga hitam sikit
2. Buang kulit tersebut dan masukkan ke dalam bekas.
3. Tuang baby oil ke dalam bekas tersebut dan goncangkan sehingga sebati
Cara penggunaan minyak bawang putih
Sapukan minyak bawang putih pada dada dan belakang bayi sambil berselawat dan berdoa semoga cepat sembuh. Sapukan juga pada tapak kaki, betis dan tulang hidung si kecil. InsyaAllah, berkat doa ibu cepatlah sembuh si kecil.
Sejarah Irfan dulu 2 kali warded sebab batuk berkahak, kali ni CN kena struggle dengan Baby Dhia, takmo dah duk 'lepak' lama-lama dekat hospital, penat !
Alhamdulillah, berkat kerajinan CN kerap sapukan minyak bawang putih pada baby Dhia selepas mandi dan sebelum tidur, kahak si kecil ni dah berkurang dan selesema pun dah baik setelah 2 hari konsisten sapu. Kalau tak berhari-hari tak baik tau selesemanya, kesian sangat. Betullah orang cakap, kaedah tradisional lagi berkesan dari penggunaan ubat ubatan ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fuh ! Menggoda betul tengok gambar-gambar aiskrim dikala duk stress buat keje ni. Adoi ! Mau balik sekolah ni terus cari aiskrim !





















