Selangor Agrofest 2016 telah berlangsung di Pantai Morib dari 20 hingga 23 Oktober. Pelbagai aktiviti menarik ada disana. CN sempat ke sana pada hari terakhir iaitu 23 Oktober. Hari kemuncak Selangor Agrofest dan sangat ramai orang yang datang. Mujur cuaca tak berapa panas, Baby Dhia dan Irfan Hensem pun tak meragam. Lega makk..
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sana. Sudah tentu ada jualan pelbagai hasil tanaman dan anak-anak pokok. Paling CN suka adalah pameran pelbagai jenis haiwan ternakan. Baby Dhia eksited tengok kambing biri-biri yang gebu gebas, ingat nak bergambar dengan kambing biri-biri, cuma berharga RM5 sahaja. Tapi Irfan pulak buat perangai takut dengan kambing tu, sabo jela.
![]() |
| Baby Dhia eksited tengok kambing biri-biri |
Ada juga pameran lembu 'sado'. Memang sado-sado ! Pameran haiwan peliharaan juga ada tau seperti arnab dan ular! Anak bujang CN apa lagi, penakut betul, dengan arnab pun geli ! Sebijik macam mama dia ! Hehehe
Di Selangor Agrofest juga dipamerkan pelbagai hasil tanaman. Geram je tengok cili gemok-gemok dalam gambar CN di bawah ni. Tengoklah Irfan tu, tak sporting nak bergambo. Baby Dhia macam biasa, terlebih eksited !
Rangka Ikan Paus Yang Terdampar Di Pantai Morib
Antara yang menjadi tarikan ke Selangor Agrofest Morib 2016 ini sudah tentu rangka ikan paus yang pernah terdampar di Pantai Morib suatu ketika dulu turut dipamerkan disini. Irfan Hensem siap cakap 'dinosour'! Hehehe
![]() |
| Bergambar bersama rangka ikan paus |
Memang mencabar bila datang ke Selangor Agrofest Morib ni dengan anak-anak yang super aktif. Balik je terus tido sebab letih ! Hahaha
![]() |
| 'Benda' apa ye ni? Irfan Hensem takut betul ! Hehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Suka betul Irfan Hensem dengan shawl kaler turquos ni. Kalau CN minta Irfan pilih mana 1 shawl yg sesuai dengan baju, pasti dia akan pilih shawl ni. Alahai la anak, dah boleh jadi perunding imej CN ni. Siap pandai komplen tau kalau dia rasa shawl yang CN pakai tu tak cantik. Sabo jela...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fuh, akhirnya siap juga entry yang penuh dengan link mommy blogger yang bukan sahaja mommy, isteri tetapi juga blogger yang aktif ! Dalam status CN di facebook yang meminta mommy blogger meletakkan link blog, inilah hasilnya. Seramai 43 mommy blogger telah meninggalkan url blog mereka. Ada ramai mommy blogger yang CN dah kenal. Almaklumlah, dunia blogging di Malaysia bukannya besar mana.

Jadi apa tunggu lagi, jom berkenalan dengan 43 mommy blogger pilihan CN ini. Ada antara mereka merupakan blogger femes dengan UV riban-riban. Fuh !
Senarai blogger single aweks pilihan CN
1. Lea Azleeya
2. Nor Adzwaty
3. Azlinda Alin
4. Nurul Izwa
5. Ain Baharom
6. Bonda Zaidalifah
7. Shuhaida Kabdy
8. Anajingga
9. Mar Mansor
10. Azkee Shahruddin
11. Adianiez
12. Nur Misnan
13. Acik Watie
14. Aisyah Amirah
15. Kasihku Amani
16. Azieera Tajulrahim
17. Maria Firdz
18. Nurul Aqidah
19. Hani Rahman
20. Hani Rahman II
21. Asleenda
22. Mimi Kimi
23. Ctfand
24. Yanne
25. Nory Zoulkefli
26. Ummi Zarra
27. Shalimar Yusof
28. Mama Amir
29. Nadia Johari
30. Ana Suzana
31. Yoorin
32. Syamimi Saad
33. Dyatie
34. Asha Raimi
35. Farah Waheeda
36. Annur Syuhadah
37. Shamiera Osment
38. Nadiah Hanum
39. Julia Johari
40. Cahaya Farah
41. Rozita Abdul Rahman
42. Nina Mirza
43. Mizah Talib
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Website membeli belah yang baru di Malaysia iaitu www.patpat.com menawarkan pelbagai barangan untuk ibu & anak. Paling menarik apabila membeli di www.patpat.com ini adalah keunikan cara mereka mem'persembahkan' barangan yang dibeli.
Jika lihat bungkusan di bawah, CN membeli 3 barangan dan setiap barang dibungkus dengan plastik bag yang unik siap berzip tau !
Bungkusan barangan PatPat yang unik
![]() |
| Apa yang menariknya membeli di PatPat? |
Pendaftaran di www.patpat.com juga amat mudah. Anda hanya perlu mendaftar dan log in, kemudian shopping !!! Eh, bila dah shoping mesti kena bayar kan? Jangan risau, anda boleh memilih sama ada untuk membayar menggunakan credit card, Malaysia E-Banking dan PayPal. Mudah bukan ?
Cara Pembayaran di PatPat
Dapatkan diskaun 25% dengan kod promosi di bawah
Hah ! Jangan lepaskan peluang untuk shoping sakan di PatPat dan dapatkan diskaun 25% lagi dengan memasukkan kod promosi >> bfglW6 apabila membuat pembayaran. Ada pelbagai barangan menarik dan unik dengan pembungkusan yang cantik lain dari yang lain !
Paling best, setiap hari akan ada barang promosi dengan harga RM0 !! Anda hanya perlu rajin bukak website PatPat untuk dapatkan barangan tersebut. CN dah dapat 2 barang RM0 iaitu Black Seat Back Protector & Family Tree Pendent Neclace. Best sangat !
Selain barangan RM0, terdapat juga Flash Sale dengan menawarkan diskaun sehingga 80% selain barangan clearance stock. Jadi apa tunggu lagi ! Cepat shoping di PatPat dan jangan lupa masukkan kod promosi >> bfglW6 apabila membuat pembayaran.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















