Merekalah chenta hati CN >> Irfan Hensem & Dhia Zahra. Cuti 5 hari duk umah mengadap budak-budak ni pun tak ada masalah tau. CN rela di'buli' oleh 2 orang budak ni janji hati senang sebab anak-anak membesar di depan mata. Bahagia sangat ! Alhamdulillah..
Tomyam merupakan all time faveret food CN. Dengan rasa pedas, manis, masam lengkap semua ! Lagi-lagi mengancam bila kuah tomyam tu pekat. Pergh! Confirm tak pandang kiri kanan tau bila makan kuah tomyam yang pekat ni. Sebenarnya CN nak share tips mudah pekatkan kuah tomyam. Sangat mudah untuk pekatkan kuah tomyam ni dan CN percaya pasti anda akan terus masak tomyam lepas tahu tips pekatkan kuah tomyam dari CN ni!
Anda hanya perlu beberapa ulas bawang putih dan sebijik bawang besar. Kupas dan blender halus. Kemudian tumiskan bahan blender tadi, masukkan pes tomyam dan air. Kemudian apabila kuah dah mendidih, masukkan bahan-bahan faveret anda ke dalam tomyam. Senang kan ?? Hehehe
Pekatkan kuah tomyam dengan cara paling mudah
Anda hanya perlu beberapa ulas bawang putih dan sebijik bawang besar. Kupas dan blender halus. Kemudian tumiskan bahan blender tadi, masukkan pes tomyam dan air. Kemudian apabila kuah dah mendidih, masukkan bahan-bahan faveret anda ke dalam tomyam. Senang kan ?? Hehehe
Selamat mencuba !
![]() |
| Tom yam pekat faverert CN |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Esok cuti, jadi jom kita layan drama korea ! Wee ! CN tengok drama korea The Legend Of The Blue Sea secara online di myasiantv.se. Serius memang best drama ni tau. Sudah tentu penarik utama drama ini adalah pelakon utamanya iaitu Lee Min Ho. Suka sangat tau tengok mamat ni ! Ops !
Kredit kepada mykarya kerana berkongsi tentang sinopsis drama The Legend Of The Blue Sea.
Kredit kepada mykarya kerana berkongsi tentang sinopsis drama The Legend Of The Blue Sea.

Tonton Online The Legend Of The Blue Sea
![]() |
| Drama The Legend Of The Blue Sea |
Sinopsis The Legend Of The Blue Sea
Name: The Legend of the Blue Sea
Pengarah: Jin Hyeok
Pelakon: Jun Ji-Hyun, Lee Min-Ho, Krystal
Tahun: 2016
Country: Korean
Genre: Romantik
Legend Of The Blue Sea mengisahkan tentang duyung terakhir di bumi bertemu dengan penipu yang bijak. Duyung tersebut cuba menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di darat.
Diilhamkan oleh legenda Joseon klasik dari koleksi pertama cerita sejarah tidak rasmi Korea, mengenai seorang nelayan yang menangkap dan melepaskan ikan duyung, drama ini menceritakan kisah cinta di antara anak keluarga bangsawan Joseon bernama Dam-lim (Lee Min-ho) dan ikan duyung bernama Shim Chung (Jun Ji-hyun).

Heo Joon Jae (Lee Min Ho) adalah penipu genius dengan hati emas, mahir bermain helah, penipuan, dan putar belit bagi memenuhi matlamat beliau. Shim Chung (Jun Ji Hyun) adalah ikan duyung terakhir di dunia, yang berabad-abad mencari cinta sejatinya iaitu seorang lelaki yang menyelamatkannya pada masa lalu dan hingga kini masih tetap setia menanti.
Apabila kedua-duanya bertemu, ikan duyung tersebut cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat, dan penipu yang bijak itu mendapati dirinya jatuh cinta dengan gadis yang aneh ini. Apakah terjadi kepada pasangan aneh ini, adakah ikan duyung itu boleh terselamat hidup di darat?

Pelakon The Legend Of The Blue Sea
Jun Ji-hyun sebagai Shim Chung
Shin Eun Soo sebagai Shim Chung remaja
Kal So-Won sebagai anak Shim Chung
Duyung yang tiba ke Seoul dari era Joseon, dan perjuangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia.
![]() |
| Lee Min Ho !! Weee |
Lee Min Ho sebagai Heo Joon-jae / Kim Dam-lim
Park Jin-young sebagai Joon-jae / Dam-lim remaja
Jeon Jin-seo sebagai Joon-jae kanak-kanak
Anak majistret dalam era Joseon / A con-man berdarah sejuk yang menggunakan rupa dan akal fikirannya untuk berubah menjadi orang yang berbeza demi penipuan.
Lee Hee-joon sebagai Jo Nam-doo
Seorang rakan con-man dan orang kanan Joon-jae, yang dengan kefasihan dan kemahiran beliau, mengajar Joon-jae untuk menjadi scammer yang genius.
Shin Hye-sun sebagai Cha Si-a
Dia adalah rakan Joon-jae junior di universiti; seorang penyelidik di KAIST. Seorang yang bijak dan logik, dia amat menyayangi orang-orang yang lemah, orang susah dan haiwan.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jadilah orang yang SEJUK di tempat PANAS
Tetap MANIS di tempat yang begitu PAHIT
Tetap merasa KECIL meskipun telah menjadi BESAR
Tetap TENANG di tengah badai yang paling hebat...
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Tiba-tiba tekak teringin nak makan murtabak maggi. Jadi ketung-ketang la di dapur menyediakan hidangan yang simple dan mudah disediakan ini. Sebenarnya sangat mudah untuk sediakan murtabak maggi ni tau. Ada sesetengah orang tidak masukkan perencah maggi ke dalam murtabak mereka, tapi bagi CN lagi sedap bila dimasukkan perencah, baru la kari kan?
Meh cuba resepi murtabak maggi CN versi berasap di mulut sebab CN masukkan cili padi yang dipotong halus. Sedap tau !
Meh cuba resepi murtabak maggi CN versi berasap di mulut sebab CN masukkan cili padi yang dipotong halus. Sedap tau !
![]() |
| Murtabak maggi sebagai bekal ke sekolah |
RESEPI MURTABAK MAGGI AYAM
Bahannya membuat murtabak maggi ayam
- 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
- 100 g isi ayam cincang
- 1 biji bawang besar dicincang halus
- 4 biji cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang disukai)
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji telur
- sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
- Minyak
Cara-cara membuat murtabak maggi ayam
- Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan dan ketepikan
- Goreng isi ayam cincang, angkat dan ketepikan.
- Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan ayam cincang yang digoreng tadi, bawang, daun sup, cili padi serta perencah maggi secukup rasa dan gaul mesra.
- Selepas tu masukan mee maggi yang dicelur tadi dan gaul sebati.
- Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam kuali, goreng murtabak mengikut saiz yang dikehendaki. Macam CN suka saiz 4 segi macam murtabak yang jual dekat pasar malam tu.
- Hidang ketika panas.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~









