Walaupun masih dalam cuti sekolah akhir tahun, minggu ni dah sibuk datang sekolah hari-hari untuk mesyuarat guru awal tahun. Seperti biasa, CN akan sediakan makanan homemade yang difrozenkan untuk baby Dhia. Alhamdulillah, sampai sekarang baby Dhia masih menyusu badan sepenuhnya dan makan makanan homemade air tangan mama tersayang.
Simple je bubur untuk baby Dhia ni, yang penting ada nasi, sayur dan ikan. HIGH PRESSURE guna periuk Noxxa, blender dan simpan untuk difrozenkan. Untuk bubur di bawah ini, CN cuma campurkan nasi bersama lobak, daun seleri dan ikan bilis. Memang wangi dan menyelerakan. Biasanya Baby Dhia akan makan 2 kali sehari. Sebekas dadih ini untuk sekali hidangan.
Simple je bubur untuk baby Dhia ni, yang penting ada nasi, sayur dan ikan. HIGH PRESSURE guna periuk Noxxa, blender dan simpan untuk difrozenkan. Untuk bubur di bawah ini, CN cuma campurkan nasi bersama lobak, daun seleri dan ikan bilis. Memang wangi dan menyelerakan. Biasanya Baby Dhia akan makan 2 kali sehari. Sebekas dadih ini untuk sekali hidangan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 4 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah anak dara CN. Walaupun suka ketawa dan ceria, bila masa bergambar suka berlagak kekwat macam supermodel. Dah macam CN syok sendiri je bila bergambar dengan Dhia Zahra ni. Yela, CN kemain tengok kamera control ayu, budak bambam ni pulak boleh takmo pandang kamera posing ala-ala instafamous tu ! Alahai la anak....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang jenama baru lampin pakai buang iaitu BabyLove Playpants? CN baru mencubanya pada Dhia Zahra dan serius, memang best ! Si bambam yang aktif tu memang susah bila dipakaikan lampin pakai buang yang biasa sebab sangat aktif. Pantang dibaringkan pasti terus nak merangkak. Mujur dengan BabyLove Playpants, senang sangat nak pakai. Sarung seperti seluar dah siap !
![]() |
| Dhia Zahra dan BabyLove Playpants |
BabyLove Playpants ini diformulasi dengan nano power plus dimana ia menyerap basahan dengan cepat. Diperbuat daripada Nano Gel Bead dan lapisan penyerapan 2 lapis menjadikan kulit si bayi sentiasa kering. Sesuai dipakai sepanjang malam tanpa perlu menukarnya. Best kan?
Lapik getahnya juga elastik dan selesa. Fit pada punggung Dhia Zahra. Malah tahan bocor pulak tu. CN suka sangat dengan tekstur pada lapik dalam BabyLove Playpants ni, ianya lembut dan nampak baby Dhia selesa dan seronok.
Terdapat lima pilihan saiz iaitu S untuk 4-8 kg, M untuk 7-12 kg, L untuk 9-14 kg, XL untuk 12-17 kg dan XXL untuk 15-25 kg.
Dhia Zahra yang berat 7 kg tu pakai saiz M. Memang fit dan cantik terletak je. Satu bungkus BabyLove Playpants ni mengandungi 20 helai dan berharga dari RM25.90.
Dapatkan BabyLove Playpants di Lazada
CN dan Lazada memang tidak dapat dipisahkan. Sampaikan beli lampin pakai buang anak pun di Lazada tau. Okay, apa kata cuba BabyLove Playpants yang boleh didapati di Lazada pada harga cuma RM25.90.
Eh, nanti dulu. Ada promosi la di Lazada. Anda boleh beli borong dengan BELI 6 PERCUMA 6 pada harga cuma RM155.40
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















