Masak apa harini? CN masak simple je, kacang botol tumis pedas berasap. Blender bawang besar, bawang putih, cili padi dan sedikit ikan bilis. Kemudian tumis dan masukkan kacang botol yang telah dipotong. Kacau rata dan letak garam sedikit ! Tara, siap kacang botol tumis pedas berasap. Krup krap rangupnya ! Memang menambah makan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Eh, siapa cikgu yang suka selfie tu? Ni hah, nama dia Cikgu Norazimah. Asal stress dan macam malas buat keje, dia selfie la !! Tapi jangan fikir bukan-bukan, keje tetap siap ok. On time gituw.. kadang-kadang lagi cepat dari orang lain. Sebab tu kalau suruh senaraikan jawatan dekat sekolah, penuh muka surat tau!
![]() |
| Cikgu Norazimah suka selfie |
Saya Suka Jadi Cikgu !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem... "Bukan semua yang kacak dan cantik itu jadi selebriti. Kebanyakannya ramai yang jadi CIKGU ! "
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel? Gel ini adalah produk Korea yang amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sentisif kerana teksturnya yang lembut dan menenangkan. Selain itu, gel ini juga sejuk dan segar meresap terus ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Ianya bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral. Paling best sesuai digunakan untuk seluruh badan tanpa sebarang kesan sampingan.
![]() |
| Sentuhan tersayang lebih bermakna dengan Jayeon Aloe Vera |
Kegunaan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Kandungan di dalam Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel merangkumi beberapa bahan yang mampu memberikan kesan positif kepada kulit seperti :
>> Rosemary leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
>> Green tea leaf : Antioksidan
>> German chamomile leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
>> Aloe Baradensis leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
>> Byungpul extract : Membaiki dan melegakan kulit
>> Licorice root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
>> Mulberry root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
>> Artemisia absinthium extract : Anti bakteria dan melegakan kulit
Cara menggunakan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Cara penggunaan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini sama seperti anda memakai losyen badan. Bezanya adalah ia juga boleh disapukan pada wajah yang bertindak sebagai pelindung sinar uv selain melembapkan kulit.
Setelah anda membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan anda. Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan keputusan yang lebih memuaskan.
Harga Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Harga gel yang wangi ini adalah RM19.90 sahaja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~









