2017 merupakan tahun terakhir untuk matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) SPM. Ini kerana matapelajaran TMK telah ditukar kepada Sains Komputer yang lebih mencabar silibusnya. Sampai stress cikgunya duk membaca buku teks Sains Komputer tu tau. Almaklumlah, dah lama tinggal Java semua, jenuh duk recall balik tau ! Hehehe
Saja je nak up gambar sebahagian budak-budak 5 TMK ni dekat www.cekgunorazimah.com. Pandai request tau suruh CN up gambo dorang dekat blog, demand gituww.
Saja je nak up gambar sebahagian budak-budak 5 TMK ni dekat www.cekgunorazimah.com. Pandai request tau suruh CN up gambo dorang dekat blog, demand gituww.
![]() |
| CN bersama calon TMK SPM 2017 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harini merupakan birthday Encik Suami yang ke 3+. Jika 6 tahun dahulu, tarikh ini merupakan tarikh majlis bersanding kami. Alhamdulillah, kini sudah peroleh sepasang cahayamata. Semoga Encik Suami lebih matang menjadi ketua keluarga dan menjadi suami serta ayah yang 'power' untuk kami sekeluarga.
Happy Birthday sayang...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena anniversary perkahwinan CN dan Encik Suami, kami memilih Hotel Armada sebagai destinasi percutian singkat kami. Terletak di PJ betul-betul bersebelahan dengan Federal Highway. Walaupun biasa tengok Hotel Armada ni, agak meraban jugak hendak ke sana. Bayangkan dah nampak hotel tu disebelah kanan tapi tak boleh masuk sebab jalan sehala! Stress betul ! Jenuh la u turn. Tapi bila dah sampai, wah ! Inilah rupanya hotel bertaraf 4 bintang. Parking free hokay.
![]() |
| Bercuti di Hotel Armada, best ke? |
Disebabkan CN dah booking online dan mempunyai reservation number, proses check-in agak mudah. Cuma bilik kami ada masalah kotor dan paip rosak, jadi mereka meminta kami sekeluarga tunggu dahulu. Sementara menunggu, kami disajikan complimentary drink sebagai tanda mohon maaf atas kelewatan mereka.
![]() |
| Lobi Hotel Armada |
Manager in-charge juga sangat peramah dan mesra kanak-kanak. Siap bodek Irfan Hensem dengan jajan lagi supaya budak tu tak buat perangai ! Hehehe
![]() |
| Complimentary drink |
![]() |
| Santainya dorang ni melepak kan? Dhia Zahra je yang super aktif semua benda dia nak pegang ! |
Bilik Deluxe di Hotel Armada
Akhirnya saat ditunggu tiba, bilik kami ditingkat 13 iaitu 1307. Masuk je ke dalam bilik, wah ! Luasnya. Dengan rekaan moden dan betul-betul mengadap Federal Highway. Siap ada baby coat lagi. Bukan untuk Dhia Zahra, tapi untuk Irfan Hensem ! Awal-awal dia dah claim tu katil dia, okaylah nak..ameklah..
![]() |
| Tingkat 13 |
![]() |
| Katil besar dan selesa siap pakej baby coat untuk baby besar @ Irfan Hensem |
Seperti jangkaan, semua ada dalam bilik ni. Cuma amenities tak ada losyen macam sesetengah hotel lain. Dah la lupa bawak losyen sendiri, redha jela kulit kering kena air-cond. Untuk bancuh air pulak pihak hotel letakkan batang ais krim ! Agak kelakar, tapi i is redha. Janji boleh kacau ! Hehehe
![]() |
| Bilik air & amenities |
![]() |
| Bilik ni ada banyak cermin, memang nampak luas selain seronok bergambar ! Hehehe |
Almari tempat gantung baju memang besar siap ada peti besi dan iron board lagi dalam tu. Irfan Hensem pulak suka betul main dalam almari tu sampaikan Encik Suami marah takut ada 'penunggu'. Yela, hotel lama kan, manalah tahu. Memang masa Irfan main-main dalam almari tu, CN terbayang gak cerita hantu yang budak kecil jumpa hantu dalam almari ! Fuh !
Review Bermalam Di Hotel Armada
Keseluruhannya, CN berpuas hati dengan servis di Hotel Armada ni. Bilik selesa, makanan pun sedap-sedap dan banyak pilihan. Memang sangat berbaloi ! Lokasi hotel ini juga dekat dengan pelbagai shopping complex seperti Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, dan banyak lagi under construction selain tempat lepak paling femes masa zaman anak dara iaitu Mid Valley Megamall . Hotel Armada ini juga berdekatan dengan PPUM.
![]() |
| Berhadapan dengan Hotel Hilton dan mengadap Lebuhraya Persekutuan |
![]() |
| Irfan Hensem dan Dhia Zahra eksited tengok keretapi dari dalam bilik |
![]() |
| Breakfast sangat-sangat membahagiakan di Hotel Armada |
![]() |
| Sebelum balik, kita bergambar dulu ! |
Untuk tempahan, anda boleh terus hubungi >>
Tel : 03-7954 6888
www.facebook.com/HotelArmadaPJ
Tempah bilik di Hotel Armada di sini
Lokasi Hotel Armada Petaling Jaya
CN selalu tengok kawan-kawan duk upload gambo makan roti titab di restoren-restoren mewah. Nampak sedap je. Bukan susah sangat pun buatnya. Kacang je beb ! Cuma masa CN buat roti titab ni, kaya yang lemak berkrim disukai ramai tu dah habis. Dah tak berapa lengkap roti titabnya. Okaylah untuk lapis perut yang berlapis-lapis ni..hehe
Cara mudah menyediakan roti titab
Masak telur suku. Bakar roti kegemaran anda dan hamparkan telur suku tadi di atas roti bakar tadi. Letakkan sedikit kaya pada 4 penjuru roti. Taraa..boleh terus dimakan roti titab yang sangat sedap!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




















