Ada pelbagai jenama lipstik dan matte di pasaran. Setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing. Untuk matte pilihan CN adalah jenama In2It. Colour stix matte ini tidak kering dan lembap. Sesetengah matte perlu dipakai bersama dengan lip balm, tapi tidak untuk In2It matte ini. In2It colour stix matte ini boleh terus dipakai pada bibir tanpa perlu tambahan lip balm kerana ia moist dan terasa 'ringan' pada bibir.
![]() |
| Review In2It Colour Stik Matte |
In2It Colour Stik Matte Tomato Pilihan CN
Pilihan CN adalah color tomato yang agak merah dan garang. Jika nak pakai merah garang, boleh disapu tebal tetapi jika nak agak-agak lembut tu hanya sapu nipis je, terus keayuan dan kelembutan terserlah pada wajah.
![]() |
| Review In2It Colour Stik Matte |
CN suka sangat In2It Colour Stix Matte kerana ia mengandungi pelembap. Tidak seperti sesetengah jenama matte yang agak kering dan perlu dipakai bersama lip balm. Paling penting ia tahan lama ! Jimat gituw..
Harga In2It Colour Stix Matte ni dalam linkungan RM12 - RM15. Pernah adik CN beli di Watson masa promosi cuma RM8.90 je ! Murah kan? CN pun beli di Watson konon-konon ada diskaun RM11.90. Okay la, murah sangat dan berbaloi.
![]() |
| Sapuan tebal In2It Colour Stix Matte menyerlahkan wajah dan nampak agak berani |
![]() |
| Sapuan nipis In2It Colour Stix Matte membuatkan wajah nampak lembut dan sweet gituw |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kita tak mampu untuk menutup mulut orang lain dari bercakap perkara yang buruk tentang diri kita...
Namun kita mampu menutup mulut kita dari bercakap perkara yang buruk tentang orang lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rasanya agak lama CN tak makan pavlova. Last CN makan tahun lepas masa preggy Dhia Zahra sebab mengidam sangat. Kali ni pulak 'ter'mengidam pavlova sebab tengok di Facebook. Mujur ada seller pavlova open delivery area rumah CN. Terus order tau. Fuh ! Dah selamat 6 ketul pavlova ke dalam perut CN. Lagi 3 ketul untuk orang lain sebab Irfan Hensem tak suka makan pavlova ni. Untung CN, hehehehehe.......
![]() |
| Pavlova sedap yang bikin jiwa meronta untuk merasainya... |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Subjek Geografi Tingkatan 3 adalah subjek yang paling mudah. Tambahan pulak dengan PT3, pelajar hanya perlu menjalankan kajian kes dengan bimbingan guru, sangat mudah untuk mendapat A. Kecuali pelajar itu sendiri yang malas dan tidak pandai mengarang. Tak dapek cikgu nak menolong !
Untuk Bab 4 iaitu Graf, Carta & Gambar Rajah, CN meminta pelajar untuk membina peta alir iaitu salah satu dari 8 peta i-THINK yang sama fungsi dengan gambar rajah. Topik untuk peta alir ini adalah : Langkah-langkah memasak (apa-apa sahaja menu pilihan pelajar).
Memang menarik bila lihat hasil pelajar yang sangat pelbagai. Masa inilah anak dara mengaku tak pernah masak dan si teruna pulak tunjuk skill kemahiran memasak mereka. Macam-macam ragam anak-anak ni.
Ada juga pelajar bertanya, "Cikgu, ni subjek Geografi, kenapa kena buat resepi?".
Alasan CN adalah subjek Geografi itu sendiri merentasi kurikulum. Dalam Geografi pelajar perlu mengira, perlu belajar sejarah. Mengapa tidak belajar memasak dalam Geografi? Boleh kan?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~













