Ikan cencaru sumbat inti kelapa sememangnya kepakaran Encik Suami. Tugas CN biasanya buat cili kicap pedas berasap sebagai pencicah. Bahan inti kelapa ni senang je nak buat, yang CN malas nak buat adalah mengikat inti ke dalam kelapa. Kalau guna benang yang jahit baju tu, biasanya akan putus masa proses menggoreng. Disebabkan tiada benang yang tebal tu, suami CN guna daun serai sebagai tali pengikat. Oklah, ada rupa dan yang pasti rasanya sedap !
![]() |
| Ikan cencaru sumbat kelapa |
Resepi ikan cencaru sumbat kelapa
Bahan-bahan membuat ikan cencaru sumbat kelapa
Ikan cencaru 5 ekor
Kelapa parut setengah biji
3 batang serai di potong kasar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
seberapa biji cili padi bergantung kepada tahap kepedasan cili tersebut
Garam dan kunyit secukup rasa
Cara-cara membuat ikan cencaru sumbat kelapa
1. Gaul rata garam dan kunyit pada ikan cencaru, Tepikan
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi. Campurkan bahan tumbuk tersebut ke dalam kelapa parut. Masukkan serai yang dipotong kasar. Gaul rata.
3. Sumbatkan inti kelapa ke dalam ikan cencaru dan ikan ikan tersebut supaya inti kelapa tidak keluar semasa proses menggoreng.
4. Goreng sehingga masak dan hidangkan bersama cili kicap ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Persahabatan itu ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang singkat untuk terbakar tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Eh, harini dah 1 Mac, jangan lupa ye ada Jualan Penghabisan Stok Gila-gila di Butik Aqid Aqila yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2017. Ada pelbagai jubah murah-murah tau. Bukan sahaja jubah, ada kurung, kurung moden malah kebaya juga dijual pada harga murah giler!
![]() |
| Jualan penghabisan stok di Butik Aqid Aqila |
Jubah murah di Butik Aqid Aqila
Butik Aqid Aqila yang terletak di Space U8 ini menawarkan harga murah yang tidak masuk akal tau. Jubah dengan kain yang berkualiti dijual dengan harga yang super murah!
Kurung Moden Bermanik Murah
CN dah grab kurung moden warna grey yang dalam gambar di bawah ni. Kainnya best sangat, sejuk dan manik yang berkualiti. Paling penting harganya sangat murah !!
Dapatkan jubah, kurung, kebaya dan blause pada harga super murah hanya di Butik Aqid Aqila.
Jika anda datang ke butik Aqid Aqila dan cakap anda dapat info dari blog www.cekgunorazimah.com, anda akan diberi diskaun lagi !
Jika anda datang ke butik Aqid Aqila dan cakap anda dapat info dari blog www.cekgunorazimah.com, anda akan diberi diskaun lagi !
STOK TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!
Lokasi Butik Aqid Aqila
Berminat untuk mendapatkan pelbagai jubah, kurung, blause malah kebaya pada harga super murah?
Cepat-cepat datang ke :
Alamat : BUTIK AQID AQILA
B1-19, FIRST FLOOR, SPACE U8, BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM
~Sharing is caring from Cikgu Norazimah~
Anak bujang CN si Irfan Hensem tu memang suka sangat kicap macam ayahnya. Tak ada kicap memang tak berselera makan tau dua orang kesayangan CN ni. Jadi kesimpulannya, MESTI ada kicap di rumah ! Oleh sebab kedua-dua mereka pencinta kicap, apa-apa masakan berasaskan kicap memang menjadi kegemaran. Bawah ni adalah masakan ikan masak kicap pedas. CN guna cili blender instead of cili padi sebab anak bujang nak makan.
Anak bujang CN ni pandai request tau, "Mama, Irfan nak makan ikan kicap pedas!" Bila dia dah request tu, kenalah masak ye. Nanti merajuk pulak.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
















