Agak sentap bila orang yang CN percaya masih bujang memandang sinis bila anak-anak CN buat 'kecoh' di majlis dinner. Hati seorang mak hokay, memang mudah terasa bila orang memandang sinis anak-anak kita yang agak aktif tapi masih lagi belum kacau orang. Mujur Irfan bukan kategori menjerit-jerit, dia cuma suka berjalan-jalan je, kalau tak, mesti lagi malu !
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan memang CN dah cubit Irfan Hensem, dah larang dia, tapi itulah, budak-budak ni memang tak makan saman ! Masa kecil okay je si Irfan ni, bila dah besar dah bersekolah, mulalah tunjuk skil terlebih sel berhubung tu !
Inilah cabaran untuk wanita bekerjaya merangkap seorang mama ! Hanya seorang mama yang faham apa yang CN rasa..hmmm
![]() |
| Bersama Dhia Zahra yang tidak boleh dibawa ke majlis formal ! Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN dan Lazada memang tidak dapat dipisahkan. Lagi-lagi bila jualan murah di Lazada, pasti ada je yang diborong. Kali ini jualan murah sempena ulang tahun Lazada yang kelima. Tahu tak, pelbagai barangan dari pelbagai jenama dijual pada harga yang sangat awesome dengan diskaun sehingga 90%! Wah ! Save the date hokay, bermula dari 22 March sehingga 24 March 2017. Hanya 3 hari sahaja tau ! Kebetulan pulak, masa tu orang gomen dah dapat gaji. Jadi apa tunggu lagi, set reminder ye. Weee...
Surprise Box dari Lazada
Selain jualan murah di Lazada, sempena ulang tahun Lazada yang kelima ini juga, Lazada Surprise Box yang sangat besar hadiah khas buat blogger dan affiliate Lazada terpilih. Bayangkan dalam 1 parcel yang CN dapat, ada 2 kotak yang sangat besar yang mengandungi pelbagai produk dari pelbagai jenama terkenal. Alangkah bahagianya harini bila balik keje, abang posmen hantar parcel besar. Sudah tentu masa unboxing merupakan detik yang paling surprise.
Unboxing Surprise Box dari Lazada
Selain CN yang teruja bila dapat Surprise Box ini, anak bujang CN si Irfan Hensem juga tidak terkecuali. Anda boleh tonton sendiri video Unboxing Surprise Box kami di bawah ini. Eksited kan?
Pelbagai Barangan Menarik di dalam Surprise Box sempena Ulang Tahun Lazada Ke-5
Teruja tak tengok barangan di dalam Surprise Box ini? Semua barangan ini akan dijual pada harga super murah bermula dari 22 March sehingga 24 March 2017. Jangan lepaskan peluang untuk shoping sakan hokay.
Okay, ini antara barangan yang akan ditawarkan dengan harga menarik sempena 5th Birthday Surprise bermula 22 March sehingga 24 March 2017. Nak tengok harga menarik yang ditawarkan boleh terus klik pada caption setiap gambar.
Beg tangan Carlo Rino
BB Super Cushion Maybelline
Brow Artist Genius Kit Loreal
Kinohimitsu Collagen Diamond
NYX Matte Lipstick
Nestle Omega Plus
Nestum Banana Caramel
Save The Date >> 22 - 24 March 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
CN percaya pasti ramai pegawai kerajaan tahu akan kewujudan cuti kuarantin. Cuti kuarantin ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Cuti kuarantin ini adalah kepada pegawai kerajaan yang mengidap penyakit berjangkit sama ada dalam Malaysia atau baru pulang dari luar negara.
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Cara Memohon Cuti Kuarantin
1. Dapatkan laporan perubatan Doktor kerajaan/swasta yg mengesahkan penyakit berkaitan.
2. Lampirkan laporan perubatan yang asal bersama borang permohonan cuti kuarantin. Nyatakan bilangan hari cuti yang dipohon.
3. Ketua Jabatan MEMPERTIMBANGKAN bilangan hari cuti yang dipohon dan meluluskan mengikut keperluan perkhidmatan.
4. Kemudahan cuti berdasarkan setiap kes.
5. Cuti kuarantin akan dicatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.
6. Jenis Penyakit : Malaria, Demam Denggi ,Campak, Chikenpox, Tangan Kaki n Mulut (HFMD) dan Difteria (sejenis penyakit yg berkaitan batuk & sesak nafas. Namun di malaysia kanak-kanak sudah diberi dos suntikan sejak kecil).
7. Cuti MESTI dipohon (bukan seperti mc)
8. Cop tarikh terima dokumen doktor (mesti disertakan pada borang)
9. Luluskan 1 hingga 5 hari (bukan wajib 5 hari)
10. Klausa 13 pada pekeliling - hak KETUA JABATAN atas kepentingan perkhidmatan bukan semestinya terus dapat cuti
Pekeliling Cuti Kuarantin
Cuti kuarantin untuk penjawat awam by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















