Teringat dulu masa belajar dekat UNIMAS, bila time puasa antara makanan wajib ada adalah serunding daging. Paling penting ada masa bersahur, serunding daging ni dimakan dengan roti je. Atau pun rajin sikit masak megi letak serunding daging, sedap wei !
Bercakap tentang serunding daging ni, sepupu Encik Suami memang pakar membuat serunding daging. Sedap tau serunding daging Kak Ernie ni. Wajib setiap kali raya keluarga Encik Suami akan order dari Kak Ernie sebab dia masak menggunakan resepi tradisi dari arwah nenek.
![]() |
| Serunding daging sedap banting |
Serunding daging Banting
Bercakap tentang serunding daging ni, sepupu Encik Suami memang pakar membuat serunding daging. Sedap tau serunding daging Kak Ernie ni. Wajib setiap kali raya keluarga Encik Suami akan order dari Kak Ernie sebab dia masak menggunakan resepi tradisi dari arwah nenek.
Harga Serunding Daging Banting
Harga serunding daging Banting yang dijual oleh Kak Ernie ini ikut berat. Berikut merupakan harga serunding daging by Kak Ernie ini.
200g : RM 18
500g : RM 38
1 kilo : RM 68
Tempah serunding daging Banting
Jika anda ingin cuba serunding daging Banting yang super sedap ini, boleh tempah terus dengan call/sms/whatsapp ke Kak Ernie di 013-6056225. Atau boleh pm Kak Ernie di facebook << Ernie Fahrin >>
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, tak lama lagi akan tiba Syawal yang dinanti. Pasti ramai pembaca www.cekgunorazimah.com yang telah sibuk dengan persiapan raya. Lagi-lagi dekorasi rumah pasti nak baru dan serba cantik kan? Bagi CN, untuk dekorasi rumah, apa yang penting adalah keperluan berbanding kehendak. Jika sofa masih elok, kenapa perlu beli baru? Berbanding sofa baru, anda boleh tukar hiasan rumah anda dengan benda yang murah-murah tapi efeknya besar seperti lapik meja baru, hiasan meja, lapik sofa, hiasan dinding dan macam-macam lagi.
Disini CN ingin berkongsi dengan anda 3 Idea Untuk Berhari Raya Dengan Lebih Awesome yang patut anda cuba. Kreatif tapi anda dapat berjimat gituw.
1. Pastikan anda telah membeli sofa shield
Hah, jangan tak percaya sofa shield ini penting sangat ketika hari raya tau. Yela, tetamu anda bukan sahaja orang dewasa, tetapi ada juga si kecik yang sangat aktif yang berkeberangkalian boleh tertumpahkan air, kuah kacang, rendang dan macam-macam lagi.
Di Lazada, sempena kempen Marhaban Ya Ramadhan by Lazada, sofa shield ini dijual pada harga cuma RM76.90 sahaja. Murah tau. Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok.
2. Perfect bean beg untuk tetamu anda
Apa kata sediakan beberapa biji bean bag berwarna warni di ruang tamu anda. Bukan sahaja kelihatan menarik, malah tetamu anda akan turut berasa selesa duduk di bean bag anda. Silap hari bulan, boleh terus tertidur. Almaklumlah, bean bag ini sangat selesa untuk beristirehat.
3. Susun pelbagai kek dengan multi function cake stand
Apakata tukar tempat simpanan kek anda yang pelbagai jenis tu daripada di dalam bekas bertutup ke multi function cake stand. Bukan sahaja transparent, malah kek anda dapat tersimpan rapi dan mudah untuk tetamu mencapainya. Bukan sahaja nampak elegen dengan multi function cake stand ini, ia juga bertutup rapat dan nampak eksklusif gituw.
Disini CN ingin berkongsi dengan anda 3 Idea Untuk Berhari Raya Dengan Lebih Awesome yang patut anda cuba. Kreatif tapi anda dapat berjimat gituw.
3 Idea Untuk Berhari Raya Dengan Lebih Awesome
1. Pastikan anda telah membeli sofa shield
Hah, jangan tak percaya sofa shield ini penting sangat ketika hari raya tau. Yela, tetamu anda bukan sahaja orang dewasa, tetapi ada juga si kecik yang sangat aktif yang berkeberangkalian boleh tertumpahkan air, kuah kacang, rendang dan macam-macam lagi.
![]() |
| Sofa Shield RM76.90 Klik sini untuk ke laman web Lazada |
Di Lazada, sempena kempen Marhaban Ya Ramadhan by Lazada, sofa shield ini dijual pada harga cuma RM76.90 sahaja. Murah tau. Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok.
2. Perfect bean beg untuk tetamu anda
Apa kata sediakan beberapa biji bean bag berwarna warni di ruang tamu anda. Bukan sahaja kelihatan menarik, malah tetamu anda akan turut berasa selesa duduk di bean bag anda. Silap hari bulan, boleh terus tertidur. Almaklumlah, bean bag ini sangat selesa untuk beristirehat.
![]() |
| Bean bag pada harga cuma RM75. Diskaun 71% tau. |
Satu bean bag cuma berharga RM75 sahaja. Kalau beli 4 dengan pelbagai warna cuma RM300 sahaja. Murah tuh.
3. Susun pelbagai kek dengan multi function cake stand
Apakata tukar tempat simpanan kek anda yang pelbagai jenis tu daripada di dalam bekas bertutup ke multi function cake stand. Bukan sahaja transparent, malah kek anda dapat tersimpan rapi dan mudah untuk tetamu mencapainya. Bukan sahaja nampak elegen dengan multi function cake stand ini, ia juga bertutup rapat dan nampak eksklusif gituw.
![]() |
| Multi function cake stand pada harga cuma RM34.90 sahaja Klik sini untuk ke lamanweb Lazada |
Sempena Riang Ria Raya Sale di Lazadan multi function cake stand ini cuma berharga RM34.50 sahaja. Nak cantik, anda boleh beli 2 dan letak di hujung meja panjang setiap satu.
Pelbagai barangan keperluan rumah pada diskaun sehingga 90%
Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, anda bukan sahaja boleh dapatkan bean beg, malah pelbagai lagi barangan dari pelbagai jenama sehingga diskaun 90%! Tempoh promosi ini bermula dari 19 Mei sehingga 15 Jun. Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun. Cepat-cepat ke Lazada untuk pelbagai tawaran menarik !

Ramadhan Raya Blogger Contest
Untuk blogger kaki contest, jom ramai-ramai join Ramadhan Raya Blogger Contest by Lazada. Lagi ramai join lagi meriah hadiah yang ditawarkan tau.
![]() |
| Klik banner untuk join Ramadhan Raya Blogger Contest |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berikut merupakan amalan sihat ketika berpuasa yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Bila berpuasa ni, semoga kita semua bukan sahaja beroleh pahala yang berlipat ganda, malah mendapat tubuh badan yang sihat dengan cara islam yang mudah dan praktikal. Jom kita sama-sama amalkan 16 tips sihat di bulan puasa ini.
![]() |
| Gambar hiasa Dhia Zahra yang tidak berpuasa ! Hehehe |
Tips amalan sihat ketika berpuasa
*Tips Melalui Ramadhan - Dr Norhissam*
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.
2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.
3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar.
4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.
5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tidak basah.
6. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.
7. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.
8. Pastikan ambil moreh yang ringan. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya
9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
10. Selepas itu bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan ujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.
11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,
12. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.
13. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.
14. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.
15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.
16. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.
Marhaban ya Ramadhan 😊
Sumber : Group whatsapp
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 yang mengambil matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Apa yang menarik tentang Scratch ini adalah ia sangat interaktif dan akan menghasilkan output yang sangat menarik. Anak CN sendiri iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra suka sangat hasil kerja CN menggunakan Scratch ini.
Sprite bergerak ikut sprite
Kali ini CN akan berkongsi dengan anda scripts untuk menghasilkan sprite yang bergerak mengikut sprite kedua dimana sprite tersebut bergerak mengikut cursor. Sprite adalah objek di dalam Scratch yang boleh anda pilih sama ada menggunakan fail gambar sedia ada atau pun gambar anda sendiri. Untuk tutorial kali ini, CN menggunakan sprite ikan yang sedia ada.
Untuk menjadikan ikan bergerak mengikut cursor yang digerakkan, CN menggunakan sensing touching ke mouse-pointer. Sementara sprite ikan besaq tu CN gunakan gabungan 2 sprite untuk menunjukkan ia nganga mulut untuk ngap ikan kecil.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~










