Naik je sekolah lepas cuti raya, memang melambak-lambak keje yang perlu disetlekan. Dengan guru kelas, ketua pentaksir matapelajaran Geografi & ICT, website sekolah, majalah sekolah, CTCS & Toyota Eco Youth ! Fuh. Memang stress ! Hokay, berehat sebentar bersama cookies manis yang makan tak boleh stop iaitu Famous Amos. Kena makan sorang-sorang baru terasa bahagia...hehehe
![]() |
| Famous amos, terapi stress bagi CN |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai la anak, suka sangat mereka dengan henfon mamanya. Ni terkantoi sebab 'ter'ambil gambo sendiri ! Hah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, dah seminggu lebih kita beraya. Bukak sekolah je CN sibuk dengan PT3 Geografi, tak sempat nak up entry tentang raya 2017 CN dan keluarga. Tapi IG & facebook hari-hari CN update tentang raya 2017 ni tau. Nampak sangat tak sempat nak mengadap blog, maap ye.
Oklah, CN kongsi beberapa keping gambar pada raya pertama yang bertemakan grey. Tak plan pun raya kali ini nak tema grey. Tapi disebabkan tak sempat tempah baju Dhia Zahra, CN dan Encik Suami decide tema raya ikut baju Dhia Zahra. Susah pulak nak carik baju saiz 0 untuk di bambam sorang ni, last-last jumpa la baju kaler grey yang cantik terletak kat badan anak dara CN sorang ni. Jadilah tema tahun ni weoulss kaler grey gituw..

| Susah benor nak bergambar dengan anak-anak yang aktif ni kan |
![]() |
| Kali ini pulak Encik Suami & Dhia Zahra yang tak pandang kamera |
![]() |
| My little bunnny Dhia Zahra |
![]() |
| Irfan Hensem cakap dia macam pengantin bila pakai sampin tu ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar kemudian menghuraikan kawasan berpotensi dimajukan. Potensi ini hendaklah kreatif dan kritis serta rasional. Markah diperuntukkan untuk bahagian ini adalah 10 markah.
Untuk kawasan sekolah CN iaitu Telok Panglima Garang, ada banyak kawasan berpotensi dimajukan. Hal ini kerana kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana adanya Zon Perindustrian Bebas Telok Panglima Garang.
Kawasan berpotensi dimajukan di Telok Panglima Garang
Untuk kawasan sekolah CN iaitu Telok Panglima Garang, ada banyak kawasan berpotensi dimajukan. Hal ini kerana kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana adanya Zon Perindustrian Bebas Telok Panglima Garang.
Cadangan kawasan berpotensi dimajukan :
Antara cadangan kawasan berpotensi dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama atau kebun-kebun kelapa sawit. Cadangannya pulak hendaklah kreatif dan kritis serta rasional. Antara cadangannya adalah seperti berikut :
1. Pembinaan rumah pangsapuri
: Huraian & contoh
2. Pembinaan MRT
: Huraian & contoh
3. Bangunan shoping complex
: Huraian & contoh
4. Pembinaan taman perumahan
: Huraian & contoh
5. Pembinaan jalan raya
: Huraian & contoh
Apa-apa sahaja cadangan yang releven boleh diterima. Tetapi tidak boleh melibatkan harta kerajaan seperti sekolah, balai polis, hutan simpan dan lain-lain.
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~