Bila sesekali bertemu di hari raya, memang meriah ! Raya tahun ini CN beraya sebelah suami. Bila sebelah suami, maka dekat dengan saudara-mara belah ibu CN yang rata-rata tinggal di Klang. Bila sesekali bertemu memang riuh. Berbaju hijau tu ibu CN dan sebelah ibu adalah adiknya yang beza setahun iaitu Makteh manakala hujung sekali tu Pakcik iaitu adik ibu second bongsu. Ibu CN ni ada 10 orang adik beradik, 3 orang dah meninggal dunia dan tinggal 7. Semuanya tinggal area Lembah Klang. Meriah tau bila bertemu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hakak-hakak sangat tau Dhia Zahra ni. Suka sangat dengan baby. Bila nampak baby je sibuk cakap "nak, nak". Ingat nak buat apa, rupanya nak suruh letak atas riba dia macam kita buat. Alahai la Dhia Zahra.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Sejarah telah berakhir dan kini PT3 Geografi sedang berlangsung sehingga hujung bulan ini. Seperti biasa, Cikgu Norazimah menjadi pilihan pelajar sebagai orang sumber. Almaklumlah, Cikgu Norazimah ni konon-kononnya tak garang dan sporting. Paling hover, nak welfie dengan henpon cikgu tau. Balik rumah sibuk whatsapp cikgu mintak gambo, alahai la...
![]() |
| Antara koleksi gambar bersama pelajar dengan CN sebagai Orang Sumber |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk melukis dan mentafsir peta lakar. Di dalam bahagian melukis peta lakar, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan. Selepas huraian tentang kawasan berpotensi untuk dimajukan, pelajar dikehendaki untuk menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek. Dan terakhir sekali pelajar dikehendaki untuk menghuraikan cadangan mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Cadangan mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Manakala untuk cadangan, digalakkan supaya menghuraikan 3 cadangan yang related dengan halangan. Sebagai contoh, setiap halangan di bawah CN cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan :
Pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit mempunyai 3 halangan yang terpaksa ditempuh iaitu :
Halangan : Milikan tanah-Tanah milik persendirian, susah untuk berjumpa dengan owner tanah
Cadangan : Perjanjian usahasama dengan pemilik tanah/pujuk pemilik tanah untuk menjual tanah/tawarkan harga tinggi kepada pemilik tanah
Halangan : Kos yang tinggi
Cadangan : Membuat pinjaman di bank komersial seperti Agro Bank/TEKUN/MARA
Halangan : Banjir
Cadangan : Bina sistem perparitan yang sistematik

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~