Mungkin bagi sesetengah orang akan rasa malu bila bertembung dengan orang yang memakai baju atau shawl yang sama. Bagi CN tu perkara biasa sebab CN pun beli barang dekat kedai-kedai biasa je. Butik mahal pun keluarkan baju yang sama design dengan banyak inikan pula kedai baju biasa. Jadi bila terjumpa dengan kes pelajar tegur CN "Cikgu, shawl kita sama la", apa lagi, bawak keluar henpon dan welfie la. Rare kot nak sama shawl dengan pelajar ! Hehehehe
![]() |
| Shawl weoulss sama hokay |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, hari ni genap umur Irfan 5 tahun. Sekejab je masa berlalu. Bau masa Irfan baby pun masih terbau-bau je. Sedap sangat ! Bila ditanya Irfan nak hadiah birthday apa, dengan konfiden dia jawab "Irfan nak kaler besar banyak-banyak dekat Chilindo!". Nampak tu, selalu nampak mamanya bid dekat Chilindo siap boleh request belikan hadiah birthday dekat situ je tau. Hehehe..
![]() |
| Irfan Hensem dah 5 tahun ! Weee,, |
Khas buat Irfanku sayang...
Selamat hari ulangtahun yang ke-5. Semoga Irfan membesar menjadi anak kebanggaan mama dan ayah serta abang yang terbaik untuk Dhia Zahra. We LOVE you dear.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 –
Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala
Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program
tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
![]() |
| Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan |
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

| Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
![]() |
| Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~