Kemain tajuk kari CN ni ye. Ada beza ke ayam hutan dan betina? Sudah tentu ada beza tau. Kita yang manusia pun berbeza lelaki dan perempuan, macam tu jugak la dengan ayam hutan ni. Kalau ayam hutan jantan, agak liat dan ambil masa yang lama untuk dimasak berbanding ayam hutan betina yang agak lembut dan tempoh masak yang tidak lama sama seperti ayam biasa. Bezanya ayam hutan betina dengan ayam biasa adalah teksturnya yang liat dan kalau anda kuat boleh cuba gigit tulangnya ! Pergh ! Keras okay ! Cuba kalau ayam biasa yang makan dedak tu, krup krap je tulangnya boleh digigit. Jadi apa kata sesekali cuba pulak kari ayam hutan betina ni, sedap hingga menjilat jari taw !
![]() |
Kari ayam hutan betina in da house |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Restoren Boat Noodle antara restoran pilihan CN yang sangat menepati tekak CN. Encik Suami tak berapa suka dengan menu di Boat Noodle ini, jadi partner in crime CN iaitu Miza Talib yang setia menemani hakaknya melantak mee sedap di Boat Noodle. Antara outlet favourite CN sudah tentu di Gamuda Walk, Shah Alam. Tempatnya lapang & tak ramai orang. Tidak seperti di IOI City Mall yang siap kena beratur gituw tau, di Gamuda Walk memang lapang tak tak sesak. Sesuai bawak anak-anak ke sini.
![]() |
Sambil makan sambil duk layan wasap student gituw |
![]() |
Nom nom nom |
![]() |
Muka kekenyangan selepas bermangkuk-mangkuk setle |
![]() |
Kaffe yen (kopi) & cha keow yen (green tea) |
![]() |
Popeye Tempura |
Lokasi Boat Noodle Gamuda Walk, Shah Alam
Kalau anda ke Port Dickson, jangan lupa singgah ke PD Famous Cendol Coconur Shake di sini. Memang sedap coconut shake disini. Coconut shake Port Dickson ni cuma berharga RM3 secawan je. Jadi lepas habis mandi-manda di pantai Port Dickson, boleh terus singgah ke PD Famous Cendol Coconut Shake ni hokay.
![]() |
Irfan Hensem menikmati coconut shake sedap di PD Famous Cendol Coconut Shake |
![]() |
Dhia Zahra pun suka dengan coconut shake di sini |
![]() |
Anda mesti cuba coconut shake di PD Famous Cendol Coconut Shake tau |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~