Anak kedua CN si Dhia Zahra memang amat berbeza dengan abangnya Irfan. Bukan sahaja garang malah satu tabiat yang tidak ada pada abangnya iaitu suka mengunyah ais! CN perasan tabiat Dhia Zahra ni sejak gigi dia banyak. Biasanya lepas habis abangnya minum teh o ais, si adik akan ambil gelas abangnya dan duk korek-korek ambil ais. Cuba tengok video di bawah di mana kusyuknya Dhia Zahra duk menggigit ais. Sedap sangat hokay gigit ais !
Tapi sebenarnya, menurut kajian tabiat mengunyah ais pada anak kecil bagus untuk menguatkan giginya. Selain itu, kelebihan gigit ais juga membantu meningkatkan kecergasan fikiran dan kepantasan pergerakan si kecil anda. Jadi, biarkan jela budak tu gigit ais. Bukan selalu pun, hanya bila makan di luar je. Hehe..
Tapi sebenarnya, menurut kajian tabiat mengunyah ais pada anak kecil bagus untuk menguatkan giginya. Selain itu, kelebihan gigit ais juga membantu meningkatkan kecergasan fikiran dan kepantasan pergerakan si kecil anda. Jadi, biarkan jela budak tu gigit ais. Bukan selalu pun, hanya bila makan di luar je. Hehe..
Video Dhia Zahra gigit ais
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
There is much wisdom to be found in the words of great Muslim figures, such as the Companions of the Prophet (PBUH) and other saints or scholars. Such Islamic quotes, like the ones by by Hz Abu Bakr (RA), Hz Umar ibn al-Khattab (RA), Hz Ali ibn Abi Talib (RA) and other scholars, help us overcome obstacles in our daily lives and boost our faith. In fact, by paying heed to the wise Islamic quotes, we can transform our life and empower ourselves to become better persons.
Do not be fooled by the one who recites the Quran. His recitation is but speech, but look to those who act according to it.
Kredit : www.muslimmemo.com
~ Salam Jumaat from Cikgu Norazimah ~
info
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari
February 22, 2018
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan !
![]() |
| Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari |
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
![]() |
| Tabiat membeli belah pengguna Shopee sempena Hari Gaji |
Tabiat membeli belah pengguna Shopee sempena Hari Gaji
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Wanita bekerjaya merangkap surirumah bukanlah satu tugas yang mudah. Balik kerja kelam kabut sibuk prepare makanan untuk keluarga. Selalunya dalam perjalanan pulang pasti otak kepala duk ligat fikir nak masak apa untuk dinner! Kadang-kadang disebabkan lupa nak bawak keluar ikan beku dari fridge, jadilah satu hidangan lengkap sayur & lauk macam sayur kailan tumis udang CN ini ! Udang ni sekejab je dah boleh dimasak apabila dibawak keluar dari fridge. Memang mudah dan mujurlah Encik Suami pun tak cerewet, hehehe..Amacam, nak cuba tak sayur kailan tumis udang dari CN ni?
![]() |
| Penuh udang dalam sayur kailan tumis by CN ni ;) |
Resepi Sayur Kailan Tumis Udang
Seikat sayur kailan
Udang seberapa banyak yang anda suka, macam CN ni udang lagi banyak dari sayur !
Sebiji bawnag besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi, kalau tak boleh pedas, letak sikit je
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak sayur kailan tumis udang
1. Potong halus bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2. Kemudian tumiskan di dalam kuali dengan sedikit minyak.
3. Masukkan udang, kacau rata. Kemudian masukkan sayur kailan dan sedikit air jika nak berkuah.
4. Perasakan dengan garam dan siap !
![]() |
| Sayur kailan tumis udang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~








