Kelebihan berjalan laju | CN dari kecil memang jenis yang berjalan laju. Pernah dulu masa mengandungkan Irfan, CN kena marah dengan akak kerani sekolah sebab berjalan laju dengan perut memboyot. Nak buat macam mana, dah biasa berjalan laju, bila berjalan slow rasa macam perempuan melayu terakhir! Rasa kekok pulak! Sebenarnya, berjalan laju ni ada banyak kelebihan tau. Bukan sahaja kepada kesihatan badan, malah bagus untuk perkembangan otak. Ok, di sini CN kongsikan dengan anda 9 kelebihan berjalan laju. Semoga selepas ini ramai la rakyat Malaysia berjalan laju seperti orang Jepun tu.
![]() |
| Kelebihan berjalan laju |
9 Kelebihan Berjalan Laju
Berjalan laju atau brisk walking mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti di bawah :
1. Menurunkan berat badan & risiko penyakit kencing manis
The Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 58%.
2. Menguatkan jantung
Dalam satu kajian, kadar kematian dikalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang berjalan lebih dari dua batu sehari. Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study (72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung atau apa2 penyakit jantung yang lain sebanyak 35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.
3. Bagus untuk otak
Dalam satu kajian ke atas berjalan dan fungsi otak, pengkaji mendapati wanita yang berjalan pada kadar sederhana sekurang-kurangnya 1.5 jam seminggu mempunyai fungsi otak atau kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang 40 minit seminggu.
4. Bagus untuk tulang
Kajian menunjukkan yang wanita yang sudah putus haid yang berjalan sebatu atau 1.6 kilometer sehari mempunyai ketumpatan tulang seluruh badan yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang daripada 1 batu sehari. Berjalan juga efektif dalam memperlahankan kadar kehilangan tulang dari kaki.
5. Mengurangkan risiko kemurungan
Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu mengurangkan simptom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan soalan piawai kemurungan.
6. Mengurangkan risiko kanser buah dada & kanser kolon
Berjalan juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada dan kanser kolon. Wanita yang berjalan laju sejam 15 minit ke dua setengah jam seminggu mengurangkan risiko risiko kanser buah dada sebanyak 18% jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang tidak aktif. Banyak kajian telah membuktikan yang senaman boleh mencegah kanser colon dan manfaat senaman boleh meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan risiko kematian.
7. Meningkatkan kecergasan badan
Berjalan laju 3 kali seminggu selama 30 minit akan meningkatkan dengan banyak kecergasan cardio respiratory.
8. Menurunkan lemak badan
Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama berkesan dalam menurunkan lemak badan
9. Meningkatkan fungsi fizikal badan
Berjalan laju juga meningkatkan fungsi fizikal badan. Kajian menunjukkan yang berjalan meningkatkan kecergasan dan fungsi fizikal dan mencegah kecacatan fizikal di kalangan orang tua.
Sumber : SINI
Jadi jom rakyat Malaysia, kita berjalan kaki untuk kecergasan fizikal dan mental.
Ayuh menjadi rakyat yang sihat, cergas serta cerdas !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamatkah mencari jodoh di BaitulJannah? | Anda masih single? Mesti stress kan bila umur dah lanjut tapi masih belum bertemu jodoh? CN pernah berkongsi tentang idea tempat mencari jodoh di artikel 5 tempat sesuai mencari jodoh dan salah satu idea tersebut adalah menggunakan portal jodoh online seperti BaitulJannah. Persoalannya sekarang, adakah selamat mencari jodoh di BaitulJannah? Persoalan selamat atau tidak untuk mencari jodoh di BaitulJannah akan terjawab selepas ini. Teruskan bacaan ye.
Apakah BaitulJannah?
Baituljannah.com adalah sebuah laman web PATUH SYARIAH yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari. Jadi salah seorang daripada puluhan ribu calon yang sudah mendaftar.
Anda berasa bimbang dengan keselamatan privasi anda? Jangan bimbang kerana:
☛ 1. Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.
☛ 2. Sistem anti-SEO. Enjin carian seperti Google dan Yahoo tidak dapat mencari akaun anda.
☛ 3. Baituljannah.com mengawasi sebarang bentuk spam.
Cari jodoh di BaitulJannah
Jika susah sangat untuk mencari jodoh sendiri, apa kata anda cuba portal jodoh online BaitulJannah. Ia adalah antara portal jodoh online yang dipercayai. Baituljannah adalah lamanweb mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan paling penting perlindungan maklumat peserta di lamanweb tersebut.
Jika anda sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.
Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄
Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hari kelepasan Am Tambahan Sempena Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 | Tahniah rakyat Malaysia. Semoga kepimpinan baru ini membawa sinar baru buat rakyat Malaysia. Sempena pertukaran kerajaan ini, cuti umum diberikan 2 hari. Berehat di rumah tanpa terlibat dengan apa-apa aktiviti tidak berfaedah ye.
![]() |
| Kenyataan rasmi tentang hari kelepasan am sempena PRU 14 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rawatan Hydradermabrasion Facial | Siapa tak nak cantik kan? Macam-macam sanggup dibuat demi untuk nampak cantik. Bak kata omputih "Beauty is pain!". Tapi dengan rawatan Hydradermabrasion Facial di Dr Medispa & Wellness bagi CN tidak la sesakit seperti yang selalu orang cerita. Rasa relax je buat Hydradermabrasion Facial di Dr Medispa & Wellness ni tau, sampai tertido CN hokay!
Hydradermabrasion Facial adalah rawatan berasaskan air untuk membantu melembabkan kulit, mengurangkan masalah jerawat dan blackhead pada kulit, mengatasi masalah kulit kusam dan pelbagai lagi. Pendek kata, rawatan ini memang sesuai sangat dengan CN yang mempunyai masalah jerawat pasir dan blackhead. Almaklumlah, misi CN adalah nak cantik sebelum raya gituw. Rawatan Hydradermabrasion Facial ini mengambil masa lebih kurang sejam lebih.
Mula-mula wajah CN dibersihkan dengan pencuci khas. Rasa sejuk je muka tau. Kemudian, wajah CN disapu mask tomato dan diletakkan oren eye mask.
Selepas itu, proses wap muka dibuat terlebih dahulu untuk memudahkan proses sedut dan tekan whitehead/blackhead.
Hah, nampak tak mask 'ironman' ni? Ini adalah LED mask untuk matikan kuman. Ada pelbagai warna dengan pelbagai fungsi.
Hokay, selepas selesai semua. Massage facial ! Best je tau. Memang puas hati dengan facial di sini. Harga pun berbaloi.
Rawatan Hydradermabrasion facial yang CN buat ni cuma berharga RM180 sahaja. Jika anda ingin mencuba rawatan yang sama, boleh terus ke Dr Medispa & Wellness cawangan Jalan Reko Kajang. Oh ya, ada pelbagai promosi & tawaran menarik di FB page @drmedispaandwellness & IG @drmedispawellness.
0169377392/ 0137706708
Apakah Hydradermabrasion Facial?

| Proses manual membuang blackhead degil pada hidung CN menggunakan besi |
Jika proses sedut menggunakan mesin tidak berjaya, proses manual menggunakan besi untuk membuang blackhead dibuat. Masa ni agak sakit sikit apabila kawasan hidung CN yang penuh dengan blackhead degil terpaksa dibuang menggunakan besi.
![]() |
| Proses hydra |
Selepas selesai membuang blackhead degil, bermula lah hydra proses. Doktor memasukkan serum khas ke dalam kulit menggunakan mesin. Kemudian ultrasound dengan aloevera untuk menutup liang pori.
Hah, nampak tak mask 'ironman' ni? Ini adalah LED mask untuk matikan kuman. Ada pelbagai warna dengan pelbagai fungsi.
Hokay, selepas selesai semua. Massage facial ! Best je tau. Memang puas hati dengan facial di sini. Harga pun berbaloi.
Harga rawatan di Dr Medispa & Wellness
Rawatan Hydradermabrasion facial yang CN buat ni cuma berharga RM180 sahaja. Jika anda ingin mencuba rawatan yang sama, boleh terus ke Dr Medispa & Wellness cawangan Jalan Reko Kajang. Oh ya, ada pelbagai promosi & tawaran menarik di FB page @drmedispaandwellness & IG @drmedispawellness.
![]() |
| Promosi Raya di Dr Medispa & Wellness |
![]() |
| Promosi untuk pelanggan pertama Dr Medispa & Wellness |
Lokasi Dr Medispa & Wellness
Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor
0169377392/ 0137706708
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~