Happy birthday Irfan | Alhamdulillah, hari ni genap umur Irfan 6 tahun. Sekejab je masa berlalu. Inilah anak sulung CN. Dia yang mengajar CN menjadi seorang mama. Sekejab je masa berlalu. Rasanya macam semalam CN baru bersalin kan Irfan. Rasanya macam baru semalam CN cium bau baby Irfan yang wangi sangat ! Alahai la anak, cepat sangat awak tinggi wahai Irfan. Dulu bambam sekarang sudah kurus. Dulu comel sekarang dah hensem. Inilah anak bujang CN, Muhammad Irfan!
Kelebihan Plank yang mesti anda tahu | CN mula mengenali latihan plank semasa belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Masa tu, lecturer CN cakap latihan workout paling mudah tapi impak besar adalah plank. Plank adalah senaman yang menampung berat badan anda tanpa menggunakan apa-apa peralatan. Ia sangat mudah dan boleh dilakukan dimana sahaja. Paling menarik plank ini sangat efektif untuk mengempiskan perut. Disebabkan tu CN kembali melakukan plank setiap hari dek kerana perut yang semakin buncit! Gigih CN dan Encik Suami melakukan plank setiap hari untuk mendapatkan perut yang seksi gituw.
![]() |
| Plank workout |
7 Kelebihan Plank
Selain untuk mendapatkan perut yang seksi, plank juga mempunyai pelbagai kelebihan yang mesti anda tahu.
1. Membentuk abdomen yang mantap
: Ini kerana latihan plank berhubung dengan semua otot penting otot transverse (meningkatkan keupayaan mengangkat benda berat), otot rectus (dimana terbentuknya six pack perut), otot oblique (meningkatkan kapisiti menahan tubuh ketika berdiri & waist twisting) serta glutes(menyokong bahagian belakang dan membentuk pinggul).
2. Mengurangkan risiko kecederaan tulang belakang
: Latihan plank memberi tekanan atau bebanan kepada pinggul dan tulang belakang. Latihan plank setiap hari bukan sahaja mengurangkan sakit belakang malah menguatkan otot bahagian belakang anda. Selepas itu tiada lagi masalah sakit belakang dan tidur akan lebih nyenyak. Malah palig best, postur tubuh juga semakin baik.
3. Meningkatkan metabolisme
: Plank workout adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan kerana aktiviti ini membakar lebih banyak kalori berbanding senama abdomen tradisional yang lain seperti sit-up dan crunches. Otot yang dirangsang semasa latihan plank ini akan memastikan anda membakar lebih banyak tenaga walaupun ketika anda tidak aktif. Dengan mengamalkan latihan plank 10 minit setiap hari, ia akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi sepanjang hari walaupun ketika anda sedan tidur.
4. Memperbaiki postur dengan ketara
: Plank workout yang konsisten setiap hari akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada dan belakang anda.
5. Memperbaiki keseimbangan seluruh badan
: Pernahkah anda rasa apabila sedang berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, side plank dan plank with extensions akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
: Tahukah anda plank memberi kesan kepada sistem deria dan ia meningkatkan mood anda menjadi lebih baik. Plank ini meregangkan otot yang berkait rapat menyumbangkan tekanan dan keresahan. Dengan plank, ia akan menenangkan fikiran terutama untuk anda yang sering mengalami simptom keresahan (anxiety).
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
St Ives Scrub Oatmeal | Kalau CN cakap tentang St Ives, mesti ramai yang tahu betapa legendnya jenama ini. Jenama St. Ives memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Produk USA ini memang dipercayai ramai dari dulu lagi. Masa anak dara dulu memang CN guna St. Ives cleanser. Sesuai dengan kulit. Tak sangka scrub St. Ives ni pun best jugak rupanya. Terus tersuka dengan St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask. Wangi hokay ! Paling pening Scrub St Ives ini bebas paraben dan diuji secara klinikal. Rasa yakin 100% gituw.
![]() |
| Sukanya dengan St Ives Scrub Oatmeal ni ! |
St Ives Scrub Oatmeal
Apa yang best dengan St Ives Scrub Oatmeal ini, ia boleh dijadikan sebagai scrub ataupun mask. Dua dalam satu gituw. Memang berbaloi tau untuk beli. CN suka sangat dengan St Ives Scrub Oatmeal ni sebab baunya yang wangi. Semasa terima parcel dari abang posmen memang tertanya-tanya parcel apa lah yang wangi sangat ni. Rupa-rupanya St Ives scrub ni. Terus excited scrub muka untuk cuba.
![]() |
| Kotak St Ives yang esklusif |
Scrub muka untuk kulit yang cantik dan bersih
Mestilah CN paling suka dengan bau St Ives Scrub Oatmeal yang wangi serta menyegarkan ni. Manik-maniknya tidak terlalu kasar dan terlalu lembut, just nice je scrub pada muka. Lepas scrub, muka terus rasa licin dan bersih. Sesuai sangat guna scrub St Ives ini 3 hingga 4 kali seminggu.
Jika anda memang kerap terdedah dengan udara kotor, CN cadangkan supaya kerapkan scrub muka untuk membuang sisa-sisa debu udara kotor yang terperangkap pada liang roma kulit wajah. Udara-udara kotor yang terperangkap ini lah punca masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan macam-macam lagi.
![]() |
St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask.
|
Jadi apa tunggu lagi, jom jaga kulit anda dengan St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hour of Code SMK Telok Panglima Garang | Tahun 2018 merupakan tahun kedua SMK Telok Panglima Garang menyertai program Hour of Code. Kempen Hour Of Code ini adalah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker Movement dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah CN juga turut menyertai kempen Hour Of Code ini kerana sijilnya diiktiraf diperingkat antarabangsa tau.
Kempen Hour of Code
![]() |
| Sijil Hour of Code untuk permainan Minecraft |
Sasaran program ini adalah semua pelajar seluruh Malaysia dan borang boleh diperolehi di laman web KPM. Hour of Code merupakan program kesedaran terhadap program pengkodan dan pengaturcaraan sains komputer. Program ini selari dengan perlaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru subjek Asas Sains Komputer (ASK).
Disini CN kongsikan beberapa gambar aktiviti Hour of Code di sekolah CN. ![]() |
| Sijil Hour of Code |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~



































