Cerita Cikgu Sains Komputer | Hujung bulan lepas CN sibuk dengan pelbagai program untuk cikgu Sains Komputer. Dua hari iaitu 25hb & 26hb berkampung di PPD Kuala Langat untuk kursus fully coding dari JPN Selangor. Manakala 27hb lari ke Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya untuk pemurnian kit Sains Komputer. Semuanya demi matapelajaran baru yang masuk ke tahun kedua iaitu Sains Komputer. Tahun ini merupakan tahun pertama SPM Sains Komputer. Banyak ilmu yang perlu dicari untuk dikongsi dengan rakan guru & juga pelajar. Doakan calon SPM Sains Komputer sekolah CN beroleh kejayaan yang membanggakan ye. Aaamiinnn.
![]() |
| Gabungan guru-guru Sains Komputer dari 3 daerah iaitu Daerah Kuala Langat, Daerah Sepang & Daerah Hulu Langat bersama boss dari JPN Selangor iaitu Dr. Zahri (duduk tengah) |
![]() |
| Gabungan guru-guru Sains Komputer dari 3 daerah iaitu Daerah Kuala Langat, Daerah Sepang & Daerah Hulu Langat |
![]() |
| Gabungan cikgu Sains Komputer dari Selangor, KL & Putrajaya berkongsi ilmu & maklumat di Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya |
![]() |
| Happy kan gabungan cikgu Sains Komputer dari Selangor, KL & Putrajaya ini |
![]() |
| Kusyuk tu masing-masing dengar perkongsian dari otai Sains Komputer |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Bandar Rimbayu | Tarikan terbaru di Telok Panglima Garang adalah Bandar Rimbayu oleh IJM Land. Memang banyak port cantik bergambar disini. Best sangat! Paling penting masuk ke Bandar Rimbayu IJM Land ini FREE & banyak parking. Memang akan repeat lagi sebab tak sempat nak explore disebabkan masa kami ke sana, hujan renyai-renyai. Kalau anda nak ke Banting, boleh lah singgah ke Bandar Rimbayu IJM Land ini.
Bandar Rimbayu IJM Land
![]() |
| Bandar Rimbayu IJM Land |
![]() |
| Antara port menarik untuk bergambar di Bandar Rimbayu IJM Land |
![]() |
| Susah sebenarnya nak snap gambar 4 beradik ni |
![]() |
| Yeah! I'm here ! |
![]() |
| 4 beradik yang havoc |
![]() |
| Bajet Cinderella kan |
![]() |
| Mama anak 2 di Bandar Rimbayu IJM Land |
![]() |
| Gambar duduk je, tak ada gambar guling-guling |
![]() |
| Rumputnya hijau, best guling-guling dekat sini tau |
![]() |
| Dating dengan anak bujang di Bandar Rimbayu |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Susu Fernleaf dalam pek UHT | Bila CN sebut tentang susu Fernleaf, pasti terbayang tentang jenama susu tepung Fernleaf yang perlu dibancuh sendiri bukan? Tapi kini, susu Fernleaf yang terkenal dari New Zealand tu sudah dalam bentuk on-the-go yang mudah dibawa ke mana-mana iaitu pek UHT. Best kan dapat menikmati 100% kebaikan susu dari New Zealand ini dengan lebih mudah & cepat. Yang menariknya terdapat dalam dua jenis pek iaitu 200 ml & 1 liter. Nak lagi hipster, anda boleh menikmati susu UHT Fernleaf cara CN dengan menggunakan straw yang unik ini. Bahagia je minum susu UHT Fernleaf yang sejuk hokay.
![]() |
| Jom nikmati susu kotak Fernleaf UHT secara hipster |
Fernleaf - 100% Susu Segar Dari New Zealand
Tahu tak anda bahawa susu Fernleaf ini diperbuat daripada 100% susu segar dari New Zealand? Di sana, mereka mengusahakan ladang lembu secara semulajadi iaitu memberikan kebebasan kepada lembu mereka meragut di padang rumput yang subur. Lembu tenusunya memakan rumput yang subur, berkualiti tinggi dan terbaik. Uniknya, lembu-lembu ini menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah. Ini secara tidak langsung, lembu ini mendapat kandungan vitamin D yang sihat!
Video Irfan minum susu kotak Fernleaf cara hipster
Paling penting yang anda mesti tahu, susu Fernleaf lengkap dengan nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A & D serta kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Paling sesuai diminum seisi keluarga tau. Sudah tentu susu UHT Fernleaf ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan tersendiri!
![]() |
| Rasa susu Fernleaf 100% mmmmm |
Rasa Susu Fernleaf 100% Mmmmm
Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, sudah tentu kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Hah, sebab itu susu Fernleaf bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat malah rasanya sudah semesti 100% mmmmm! CN suka sangat rasa susu Fernleaf penuh krim, sedap yang amat! Anak-anak CN pulak suka susu UHT Fernleaf coklat. Sekejab je budak-budak tu settle kan 4 kotak susu hokay!
![]() |
| Fernleaf - 100% susu segar dari New Zealand |
Jom dapatkan susu UHT Fernleaf untuk seisi keluarga anda juga. Ia boleh didapati dalam tiga pilihan iaitu penuh krim, rendah lemak dan coklat demi memenuhi setiap cita rasa keluarga anda. Harga di pasaran adalah RM5.70 bagi satu set empat pek (200 ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.
Layari dan jangan lupa ‘Like’ Facebook Fernleaf untuk mendapatkan maklumat terkini.
#100%Mmmmm
#FernleafUHT
#fernleafmalaysia
#FernleafUHT
#fernleafmalaysia
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ajar anak kecil membaca awal | Ada beberapa tips atau panduan yang ingin CN kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh Pn. Nik Eliani Nik Nawi dan Tn. Hj Othman Ahamad.
![]() |
| Irfan & Dhia yang suka membaca buku Rasa Sayang |
Tips Ajar Anak Kecil Membaca Awal
1. SINGKATKAN MASA
Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dapam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
2. BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? Haaa... ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi ☺️☺️☺️ hoooreeeyyyy!!!!
Belajar Membaca sungguh seronok untuk kanak kanak ! 😍😍
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~





















