Tips mudah basuh kasut | Hah, nak tips mudah basuh kasut tak? Senang je. Rendam je kasut dengan beberapa titik Shaklee Basic H, kemudian sental-sental lembut je. Bersih kasut hokay! Sama juga jika anda ingin membasuh kasut sekolah & baju sekolah anak yang berwarna putih, cuma rendam je dengan Shaklee Basic H. Tak perlu guna clorox tau. Kalau berminat nak beli Shaklee Basic H ini, boleh roger Facebook Miza Talib ye.
Cara Mudah Basuh Kasut Dengan Basic H
![]() |
| Cara mudah basuh kasut dengan Basic H |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Kuan Wellness Ecopark | Sebenarnya sudah lama CN teringin untuk ke Kuan Eco Wellness Eco Park ni kerana terpikat dengan papan iklan yang besar yang menggoda. Baru cuti lepas berkesempatan ke sana bersama-sama ibu & anak-anak CN. Kebetulan lepas bersarapan di Selera 7, tiada arah ke mana. Jadi sampai lah kami ke sini. Mudah je ke sini, lokasinya selepas Batu Laut dan sebelum pekan Tanjung Sepat. Kalau dari arah Banting, Kuan Wellness Eco Park ni disebelah kanan anda.
![]() |
| Irfan & Dhia bergambar di hadapan kincir angin yang menjadi tarikan utama ke Kuan Wellness Eco Park |
Tempat Cantik Bergambar Di Kuan Wellness Eco Park
Bagi pencinta alam ataupun kaki instagram, CN percaya anda pasti akan sukakan Kuan Wellness Eco Park kerana disini ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Ibu CN sendiri pun suka bergambar disini. Hijau je pemandangan. Nama pun taman eco kan. Haruslah bertemakan keindahan alam.
![]() |
| Irfan & Dhia bergambar di tempat kegemaran Instafemes bergambar gituw... |
![]() |
| CN pun mestilah nak bergambar juga kan. Kredit kepada Irfan yang mengambil gambar ni |
![]() |
| Opah pun suka bergambar tau |
![]() |
| Opah & cucu-cucu di Kuan Wellness Eco Park |
Tempat parking di sini luas. Sebenarnya tarikan utama Kuan Wellness Eco Park adalah mini zoo. Tapi kebetulan semasa kami sampai ke sana dalam proses renovation, jadi tak dapat lah masuk ke mini zoo tu. Harga tiket ke mini zoo tak silap CN RM5 untuk dewasa. Tak sempat pulak nak ambil gambar harga tiket sebab kecewa tak dapat masuk mini zoo katakan...hehe
![]() |
| Welfie di hadapan kincir angin Kuan Wellness Eco Park |
![]() |
| Tempat parking yang luas di Kuan Wellness Eco Park |
Lokasi Kuan Wellness Eco Park
Ibuencer Award 2018 | Alhamdulillah, CN dicalonkan oleh motherhood.com.my sebagai salah seorang calon untuk Ibuencer Award 2018 sempena Baby Fest 2018 di The Starling Mall. Walaupun tak menang, best sangat berpeluang berjumpa dengan ramai rakan-rakan parenting blogger & media social influencer. Paling best dapat berjumpa dengan retailer barangan bayi & bertukar-tukar kad. Manalah tahu lepasni kalau nak tambah baby, boleh dapat sponsor kan? Hehehe...
![]() |
| Irfan yang merupakan inspirasi untuk CN berblog & menjadi parenting blogger |
![]() |
| Antara penaja utama Baby Fest 2018, Coby Haus. |
![]() |
| B&B dari Korea. Suka sangat sabun basuh & pelembut fabriknya. Bukan sahaja selamat untuk kulit bayi, malah berbau wangi tau |
![]() |
| Yeah, sempat grab Simple Dimple Bag kaler merah. Suka sangat dengan beg yang tahan lasak tetapi stylo ni |
![]() |
| Irfan bergaya bersama super heronya |
![]() |
| Antara hasil di Baby Fest 2018. Alhamdulillah |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Tempat sarapan best di IOI City Mall | IOI City Mall Putrajaya adalah tempat leisure yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Mallnya yang besar & mempunyai pelbagai tarikan menjadikan ia sentiasa penuh dengan orang ramai. Salah satu tempat sarapan best di IOI City Mall adalah Street Churros yang terletak di lower ground floor. Bersarapan dengan churros rangup & panas bersama pilihan teh atau kopi memang membahagiakan. Lagi-lagi apabila bersama dengan anak-anak yang lincah & aktif, sememangnya pilihan untuk bersarapan di Street Churros amat tepat.
![]() |
| Street Churros- Tempat sarapan best di IOI City Mall |
Bersarapan di Street Churros
Pilihan sarapan CN adalah set sarapan Sun & Rise dengan 3 pilihan. Harga lagi murah dan berbaloi bila beli dalam set ini. Paling best, setiap pembelian akan diberikan cop & anda boleh redeem set percuma setelah penuh cop. Ok, layan jelah beberapa gambar yang sempat dirakam apabila bersarapan di Street Churros IOI City Mall Putrajaya.
![]() |
| Street Churros, tempat sarapan best di IOI City Mall Putrajaya |
![]() |
| Anak-anak excited memilih menu pilihan mereka |
![]() |
| Bergambar sementera menunggu menu pilihan mereka |
![]() |
| Sedapnya churros di Street Churros ni tau. CN suka flavour salted egg. Sedap! |
![]() |
| Antara menu pilihan sarapan di Street Churros. Sebenarnya ada 2 cup churros, anak-anak dah rembat dulu. |
![]() |
| Anak dara bergossip sambil bersarapan di Street Churros |
Lokasi Street Churros IOI City Mall
Lokasi Street Churros : LG-66A Lower Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya.
Sebarang update mengenai promosi terkini :
Lamanweb : http://streetchurros.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/streetchurrosmy
Facebook : https://www.facebook.com/StreetChurrosMY/
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~























