Spageti segera Master Pasto | Hah, bukan mee je segera tapi spageti pun ada hokay. Tiga minit je & tara, sedia untuk dimakan! Bukan sahaja senang untuk disediakan, tapi sedap macam anda makan spageti di restoren western tu. Inilah dia spageti segera Master Pasto. Sedia untuk dimakan tanpa MSG dan perasa tambahan. Paling penting HALAL! Oh ya, anda juga tak perlu simpan dalam peti ais tau.
Bagi wanita bekerjaya seperti CN, wajib ada spageti segera Master Pasto ini. Bayangkan balik kerja penat-penat dan anak merengek lapar. Capai je spageti segera Master Pasto, panaskan dan boleh terus dimakan! Tiga minit je tau. Paling penting berkhasiat kerana tidak mengandungi MSG dan perisa tambahan. So lepas ni no more mee segera. Gantikan je dengan spageti segera Master Pasto yang lebih berkhasiat & mengenyangkan.
![]() |
| Spageti segera Master Pasto mesti ada di setiap rumah! |
Master Pasto, Ready To Eat Meal in Malaysia
Bagi wanita bekerjaya seperti CN, wajib ada spageti segera Master Pasto ini. Bayangkan balik kerja penat-penat dan anak merengek lapar. Capai je spageti segera Master Pasto, panaskan dan boleh terus dimakan! Tiga minit je tau. Paling penting berkhasiat kerana tidak mengandungi MSG dan perisa tambahan. So lepas ni no more mee segera. Gantikan je dengan spageti segera Master Pasto yang lebih berkhasiat & mengenyangkan.
![]() |
| Master Pasto Spaghetti Mushroom Cream Sauce |
![]() |
| Cara penyediaan pada belakang kotak |
Faveret CN adalah Spaghetti Mushroom Cream Sauce. Makan sorang-sorang je tau. Sedap sangat dengan creamynya, pergh! Manakala anak-anak CN pula suka Spaghetti Bolognese Chicken. Bagi penggemar aglio olio pedas, wajib cuba Spaghetti Aglio Olio Chicken ni tau.
Oh ya, selain wajib ada di setiap rumah, spageti segera Master Pasto ini juga sesuai dibawa ketika travel. Ringan & sangat mudah untuk disediakan. Label pada kotaknya juga lengkap & sudah pasti tiada masalah untuk dibawa ketika travel ke luar negara.
![]() |
| Master Pasto Spaghetti Bolognese Chicken |
![]() |
| Master Pasto Spaghetti Aglio Olio Chicken |
Oh ya, selain wajib ada di setiap rumah, spageti segera Master Pasto ini juga sesuai dibawa ketika travel. Ringan & sangat mudah untuk disediakan. Label pada kotaknya juga lengkap & sudah pasti tiada masalah untuk dibawa ketika travel ke luar negara.
Video Cara Mudah Sediakan Spageti Segera Master Pasto
Ok, jom tengok video cara CN sediakan spageti segera Master Pasto. Sangat mudah tau!
Harga spageti segera Master Pasto?
Spageti segera Master Pasto berharga cuma RM47.40 untuk 6 kotak pelbagai flavour.
Khas buat pembaca blog CN, setiap pembelian boleh dapat diskaun 15% & free shipping dengan masukkan code <norazimah>
Ada pelbagai promosi & untuk maklumat lanjut, hubungi :
Website: https://www.masterpasto.com/
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco
#3MinuteWonder #InstantSpaghetti #MasterPasto #JustHeatandEat #3MinuteMeal #LiocoFood #MalaysiaSpaghetti #MPAglioOlio #MPMushroomCream #MPBolognese
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 7 tahun tu memang makan pedas. Bukan Iran je, Dhia Zahra pun suka sangat mee goreng kicap pedas ni. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam mereka ni. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018. Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan menarik seperti Kota Belanda, Pangkor Fish Satay Factory, Masjid Terapung dan macam-macam lagi ini menawarkan pengalaman yang indah bukan sahaja untuk berbulan madu, malah percutian bersama keluarga. Disini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 5 resort terbaik di Pulau Pangkor sebagai panduan jika anda ingin bercuti disini. 5 resort terbaik ini adalah pilihan pengguna di lamanweb Agoda yang merupakan antara trusted web untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan.
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor pilihan Agoda
Harga : RM179 - RM450.
Resort yang terletak di Pasir Bogak ini tidak jauh dari jetty. Menawarkan pelbagai aktiviti menarik di pantai seperti sukan air, atau anda boleh bersantai di swimming pool yang disediakan oleh Pangkor Sandy Beach Resort ini. Resort ini juga terletak berdekatan dengan tempat makan seafood yang pasti mengujakan anda.
![]() |
| Pangkor Sandy Beach Resort |
Harga : RM203 - RM344
Resort yang terletak di Teluk Nipah ini juga menawarkan kolam renang yang besar untuk guest yang pasti mengujakan si kecil anda. Sangat sesuai sebagai resort pilihan untuk aktiviti keluarga kerana resort ini menawarkan pemandangan yang indah mengadap Selat Melaka disamping pantai yang cantik dan bersih.
![]() |
| Anjungan Beach Resort |
Harga : RM273 - RM880
Resort mewah ini sememangnya menjadi impian untuk CN ke sini. Memang privacy kerana jauh dari jalan utama. Walau bagaimanapun, semua ada di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Anda tidak perlu ke mana-mana kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Amat sesuai untuk berbulan madu kerana privacynya.
![]() |
| Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut |
Harga : RM257 - RM699
Menawarkan private beach, Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Malah Marina Island Pangkor Resort & Hotel juga menawarkan swimming pool yang pasti menjadi tarikan untuk anak-anak.
Harga : RM166 - RM500
Terletak di Pasir Bogak, sudah tentu Coral Bay Resort Pangkor menjadi pilihan sebagai tempat percutian bersama keluarga. Dekat dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai swimming pool yang pasti mengujakan anak-anak anda.
![]() |
| Coral Bay Resort Pangkor |
Mana satukah resort pilihan anda?
Anda boleh layari lamanweb Agoda untuk pelbagai promosi resort terbaik di Pulau Pangkor untuk percutian bersama keluarga.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ikan cencaru sumbat inti kelapa sememangnya kepakaran Encik Suami. Tugas CN biasanya buat cili kicap pedas berasap sebagai pencicah. Bahan inti kelapa ni senang je nak buat, yang CN malas nak buat adalah mengikat inti ke dalam kelapa. Kalau guna benang yang jahit baju tu, biasanya akan putus masa proses menggoreng. Disebabkan tiada benang yang tebal tu, suami CN guna daun serai sebagai tali pengikat. Oklah, ada rupa dan yang pasti rasanya sedap !
![]() |
| Ikan cencaru sumbat kelapa |
Resepi ikan cencaru sumbat kelapa
Bahan-bahan membuat ikan cencaru sumbat kelapa
Ikan cencaru 5 ekor
Kelapa parut setengah biji
3 batang serai di potong kasar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
seberapa biji cili padi bergantung kepada tahap kepedasan cili tersebut
Garam dan kunyit secukup rasa
Cara-cara membuat ikan cencaru sumbat kelapa
1. Gaul rata garam dan kunyit pada ikan cencaru, Tepikan
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi. Campurkan bahan tumbuk tersebut ke dalam kelapa parut. Masukkan serai yang dipotong kasar. Gaul rata.
3. Sumbatkan inti kelapa ke dalam ikan cencaru dan ikan ikan tersebut supaya inti kelapa tidak keluar semasa proses menggoreng.
4. Goreng sehingga masak dan hidangkan bersama cili kicap ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















