5 cara jimat membeli kereta yang patut anda tahu | Mempunyai kereta kini bukan lagi suatu kehendak tetapi suatu keperluan. Mungkin bagi mereka yang tinggal di bandar tidak berapa perlukan kereta kerana lambakan kenderaan awam yang jauh lagi murah dan menjimatkan. Tetapi bagi mereka yang tinggal di pinggir bandar, menggunakan kenderaan awam memang agak sukar. Jadi disini membeli kereta adalah satu keperluan. Baiklah, disini CN akan kongsikan 5 cara jimat membeli kereta sebagai panduan kepada anda yang sedang cuba untuk membeli kereta.
Nampak macam tak logik. Tapi cuba kira jika anda bajet untuk membayar ansuran sebulan kereta adalah RM400, kemudian ditambah dengan RM400 untuk minyak kereta. Sebulan anda peruntukkan RM800 untuk kereta sahaja.
Cuba RM800 x 12 bulan = RM9600
Ok, RM9600 x 3 tahun = RM28800
Dengan RM28800 anda boleh dapatkan Axia baru secara tunai bukan?
2. Bayar downpayment tinggi
Tolong jangan terpengaruh dengan ayat "ZERO DOWNPAYMENT" oleh penjual kereta. Dengan zero downpayment, anda telah menjerat diri anda untuk membayar ansuran kereta pada harga yang lebih tinggi.
Disini, key pointnya adalah simpan duit dahulu sebelum membeli kereta.
Seperti kiraan di atas, jika anda tergedik gedik tak sabar untuk membeli kereta, cuba buat simpanan setahun. Dengan RM9600 sebagai downpayment, sudah tentu ansuran bulanan anda menjadi sikit berbanding dengan ZERO DOWNPAYMENT.
3. Rendahkan tempoh pinjaman 5 - 7 tahun
Memang benar, jika tempoh pinjaman pendek maka tinggi ansuran bulanannya. Tapi disini anda telah untung dari membayar interest yang tinggi kepada bank. Bak kata pepatah, "bersusah dahulu bersenang kemudian."
4. Beli kereta sebagai keperluan bukannya kehendak
Jika masih tidak boleh ikut 3 cara di atas, cuba pulak cara ini dimana anda membeli kereta sebagai satu keperluan, bukannya kehendak.
Disini, kereta diperlukan untuk bergerak ke tempat kerja atau mana-mana sahaja. Bermaksud, tiada masalah jika anda membeli Perodua Axia yang harganya jauh lebih murah berbanding Honda City.
Apa ada pada jenama jika anda terpaksa ikat perut untuk membayar ansuran kereta yang tinggi ?
5. Beli kereta terpakai baru
Macam mana tu, kereta terpakai tapi baru? Macam ni, jika anda hendak juga Honda City dengan alasan ada gaya, mutu, keunggulan gituw. Beli la Honda City terpakai tapi masih baru dikeluarkan.
Macam CN sendiri beli kereta terpakai tapi baru setahun pakai owner lama dah jual dengan alasan tak berapa guna kereta tu. Hah, kereta terpakai baru setahun harganya lebih murah berbanding kereta baru model yang sama. Untung kan disitu? Disini anda kena rajin membuat survey mencari kereta terpakai yang baru. Online kan ada? Hehe..
Amacam, ok tak tips 5 cara jimat membeli kereta dari CN ini? Tips ini adalah dari pengalaman CN sendiri dan dari research yang dibuat. Semoga tips ini dapat membantu anda membeli kereta dengan lebih bijak dan semestinya lebih jimat.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Air lemon panas pembunuh kanser | Air lemon sememangnya banyak khasiat. Selain sebagai kawan baik untuk mereka yang tengah diet, air lemon juga bertindak sebagai pembunuh kanser! Menarik bukan?
![]() |
| Air lemon panas pembunuh kanser |
Kenapa Air Lemon Panas Pembunuh Kanser?
- Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan anda dan membuat anda hidup lebih lama!
- Air lemon panas membunuh sel kanser ✍
- Tambah air panas untuk 2-3 keping lemon. Buatlah minuman harian
- Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser
- Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegahan kanser
- Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan tumor kanser. ✍
- Jenis rawatan ekstrak Lemon hanya akan memusnahkan sel-sel malignan, ia tidak menjejaskan sel yang sihat
- Asid sitrik dan lemon polyphenol dalam jus lemon sampingan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, pencegahan trombosis urat mendalam, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pembekuan darah.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Apakah petroleum jelly | Petroleum jelly adalah salah satu produk penyulingan petroleum mentah. Ia berwarna jernih, hidrofobik (tidak larut air), tidak mudah terbakar, dan terdiri dari campuran beberapa hidrokarbon. Kandungan hidrokarbon dalam petroleum jelly bergantung dari sumber mana petroleum ini dilombong.
![]() |
| Apakah petroleum jelly? |
Apakah petroleum jelly?
Ketika petroleum mentah dilombong, petroleum mentah diberi rawatan awal untuk membuang air, garam, pasir dan gas mudah meletup atau menyebabkan pengaratan pada paip.
Seterusnya petroleum ini disuling pada suhu berbeza. Hidrokardon dengan takat didih yang rendah akan terkondensasi pada dulang yang tinggi manakala hidrokarbon dengan takat didih yang tinggi akan terkondensasi pada dulang bawah. Antara produk penyulingan ini adalah, gas memasak, petrol, diesel, minyak pelincir, petroleum jelly dan coke (karbon).
Petroleum jelly ini mempunyai takat didih pada suhu 302 darjah celsius. Ini menjadikan ia antara produk penyulingan pada dulang bawah bersama polyaromatic hydrocarbon (PAH), gris, minyak pelincir dan hidrokarbon yang lain. Untuk kegunaan farmaseutikal dan kosmetik, petroleum jelly gred seperti USP (US Pharmacopoeia) dan BP (British Pharmacopoeia) digunakan. Petroleum jelly ini dimurnikan sehingga berwarna jernih. Gred yang masih mempunyai campuran hidrokarbon lain biasanya berwarna kekuningan dan perang.
Petroleum jelly adalah sangat berguna. Ini kerana ia tidak larut air, dan tidak toksik. Ia melindungi kulit dari kehilangan air. Badan kita boleh kehilangan air melalui kulit dan kita selalunya tidak menyedari keadaan ini. Untuk keadaan tertentu, penggunaan bahan yang dapat menghalang air dari meruap dari permukaan kulit membantu melembabkan kulit.
Benarkah penggunaan petroleum jelly berbahaya?
Walaupun hidrokarbon kedengaran menakutkan, tahukah anda makanan anda, manusia dan haiwan terdiri dari hidrokarbon. Yang membezakan kita adalah jenis struktur kimia dan rantaian kimia. Walaupun petroleum jelly disuling bersama petrol dan diesel, ia adalah selamat selagi mana produk tersebut menggunakan gred farmaseutikal dan kosmetik.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Khasiat air kelapa | Tahukah anda, air kelapa mengandungi gula dan mineral yang tinggi? Pada musim panas macam sekarang, kita cepat berpeluh dan cepat kehilangan air dan mineral melalui peluh. Selain minum air masak secukupnya, anda boleh minum air kelapa bagi membekalkan gula dan mineral secukupnya.
Air kelapa, alternatif kepada minuman isotonik
Dalam 100 ml air kelapa ada sekitar:
1. 150-350 mg garam potassium
2. 30-50 mg kalsium
3. 4-50 mg garam natrium
4. 7-15 mg magnesium
5. 6-20 mg fosforus
6. 2-5 g jumlah gula.
7. 19-100 mikrogram zat besi ikut jenis air kelapa.
8. 2-4 mg vitamin C
9. 60 mikrogram vitamin B
Air kelapa muda mentah tau! Bukan air kelapa yang dicairkan dan ditambah gula putih
PS: Air kelapa tidak detoks, tidak menyebabkan keguguran dan tidak menghilangkan racun.
Rujukan:
Prades, A., Dornier, M., Diop, N., & Pain, J. (2012). Coconut water uses, composition and properties: A review. Fruits, 67(2), 87-107. doi:10.1051/fruits/2012002
Jadual dari rujukan di atas.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~