Udang Kam Heong | Menu kam heong adalah masakan ala cina dengan campuran kari dan cili kisar. Agak menarik sebab bila sebut kari je, pasti akan ingat resepi dari India bukan? Sebenarnya selain udang, boleh juga menggunakan ayam atau sotong untuk masakan kam heong ini. Terpulang kepada citarasa anda sendiri. Bagi CN dan Encik Suami, udang kam heong memang terbaik & menepati citarasa kami. Rasa manis udang dengan pedas kari & cili kisar, memang umph! Jadi jom cuba resepi mudah dan ringkas ini iaitu udang masak kam heong.
Udang (Goreng sedikit dan ketepikan)
Bawang besar dibahagi 2 (dicincang dan dipotong bulat)
Bawang putih (dicincang)
Halia (hiris halus)
Cili padi (dihiris)
Serbuk kari + cili kisar + air (dicampur jadi seperti pes)
Daun kari
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Air asam jawa (sedikit)
Gula (jika perlu)
Garam
Resepi Udang Kam Heong
![]() |
Resepi udang kam heong yang mudah |
Bahan-bahan Membuat Udang Kam Heong
Udang (Goreng sedikit dan ketepikan)
Bawang besar dibahagi 2 (dicincang dan dipotong bulat)
Bawang putih (dicincang)
Halia (hiris halus)
Cili padi (dihiris)
Serbuk kari + cili kisar + air (dicampur jadi seperti pes)
Daun kari
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Air asam jawa (sedikit)
Gula (jika perlu)
Garam
![]() |
Selamat mencuba resepi udang kam heong yang sedap ni! |
Cara Membuat Udang Kam Heong
>> Tumis bahan cincang dan daun kari sehingga masak
>> Kemudian masukkan pes campuran serbuk kari, cili kisar dan air.
>> Tumis sehingga naik bau & pecah minyak
>> Masukkan air asam jawa dan semua jenis bahan sos
>> Perasakan dengan gula dan garam sedikit. Macam CN apabila guna udang, dah tak perlu masukkan gula. Terpulang kepada anda.
>> Akhir sekali masukkan udang dan bawang yang dipotong bulat.
>> Siap udang kam heong !
Selamat mencuba!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Resepi kek coklat kukus sukatan cawan | Kek coklat bukan sahaja menjadi kegemaran CN malah suami dan anak-anak memang sukakannya. Jadi bila semua suka sudah tentu cuba buat sendiri sebab lagi murah dan boleh makan dengan banyak. Ok, meh CN kongsi dengan anda resepi kek coklat moist sukatan cawan. Sangat senang nak buat, kukus je. Confirm jadi ok.
![]() |
Resepi kek coklat kukus sukatan cawan |
Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Bahan-Bahan Membuat Kek Coklat Kukus
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Membuat Kek Coklat Kukus
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.
Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi kek pisang sukatan cawan | Suka kek pisang yang gebu? Apa kata cuba sendiri resepi kek pisang sukatan cawan yang pasti gebu ini. Mudah untuk disediakan & yang pasti sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang pada hari raya nanti. Kali ini CN saja letak pisang yang dipotong atas kek bagi nampak effect kek pisang kononnya ! Hehehe..
![]() |
Kek pisang gebu |
Resepi Kek Pisang Gebu Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek pisang :
>> 2 cawan tepung gandum
>> 1 cawan gula pasir
>> 2 biji telur
>> 1 cawan minyak masak
>> 7 - 8 biji pisang boyan
>> 1 sudu teh baking powder
>> 1 sudu teh soda bikarbonat
>> 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara membuat kek pisang gebu :
1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
2. Blender gula, telur, minyak masak, pisang dan esen vanila sehingga kembang.
3. Masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas tepung tadi dan gaul rata.
4. Masukkan aduanan tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak sedikit
5. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar kek pisang tadi selama 40-50 minit sehingga masak.
Tara ! Siap kek pisang gebu sukatan cawan CN ! Jom makan kek pisang gebu ni.
![]() |
Kek pisang ni CN saja bakar atas sekejab konon-konon nak bagi effect kaler golden, tapi terlebih golden sebelah pulak ! Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ada tak pembaca blog cekgunorazimah.com yang suaminya kaki pancing? Angkat tangan! Agak kelakar bila tengok video di tiktok betapa jenuhnya seorang kaki pancing nak minta izin isteri pergi memancing. Bagi CN, hokay je bila sesekali Encik Suami pergi trip memancing. Tengok lah hasilnya, best tau dapat makan ikan fresh. Ada lah sesekali dia balik dengan tangan kosong, masa tu memang best mem'bahan' Encik Suami. Hehehehe...
![]() |
Suamiku kaki pancing |
![]() |
Antara hasil pancingan |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Bayar zakat secara online | Walaupun pendapatan sebagai blogger & influncer tak ada lah masyuk mana untuk bulanan, tapi kalau dikira tahunan, memang banyak & WAJIB bayar zakat perniagaan. Kita selalu sibuk dengan bersedekah tetapi kita sering lupa akan perkara yang wajib iaitu membayar ZAKAT. Sebenarnya sikit sangat zakat perniagaan ini iaitu hanya 2.5% sahaja. Jadi, jom kita bayar zakat ! Hanya menggunakan smartphone sahaja, sangat mudah!
~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~