Dalam hiasan dekorasi rumah, ruang tamu memainkan peranan paling penting bukan sahaja sebagai tempat beriadah untuk sekeluarga, malah memberikan first impression kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Disini CN kongsikan 10 gambar ruang tamu tema turquoise sebagai panduan kepada anda yang sedang mencari idea untuk warna ruang tamu anda. Warna tema turquoise ini bukan sahaja memberikan impak ruang yang luas, malah turut memberikan emosi yang relax kepada tuan rumah dan tetamu yang bertandang.
Terapi stress paling membahagiakan adalah makan benda manis. Antara benda manis faveret CN adalah donat Big Apple. Tapi disebabkan Big Apple di Banting ni kebanyakan pekerjanya abang La, memang terbantut nak beli. Mujur donat Tesco Jenjarom ni sedap. Bukan sahaja sedap dah macam donat Big Apple, harga pulak separuh daripada Big Apple hokay ! Untuk donat 6 pieces yang CN beli dibawah ni, cuma berharga RM6.29 sahaja. Murah kan? Maaf ye, gambar donat cuma tinggal 5 pieces sebab Irfan Hensem dah bedal sebijik ! Hehehehe..
![]() |
| Rupa dan rasa sama seperti donat Big Apple tau donat di Tesco Extra Jenjarom ni |
![]() |
| Donat Tesco cuma berharga RM6.29 sahaja |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berita baik untuk mereka yang tinggal di selatan tanah air, IKEA Tebrau kini dibuka secara rasminya pada hari ini iaitu 16 November 2017. Dah tak perlu ke IKEA Damansara lagi hokay, di Johor pun dah ada Ikea tau. Sudah pasti pelbagai tawaran menarik di Ikea Tebrau sempena hari pembukaannya hari ini. Jadi warga Johor dan kawasan yang berdekatan, cepat-cepat ke Ikea Tebrau hokay !
![]() |
| IKEA Tebrau kini dibuka secara rasminya pada hari ini iaitu 16 November 2017 |
Lokasi Ikea Tebrau
Inilah rupa anak-anak CN apabila mamanya sibuk berurusan di bank dan Encik Suami mengambil tugas menjaga anak. Senang betul si ayah nak bagi anak diam. Bagi je Happy Meal Mc Donald sorang satu, terus boleh duduk diam mengunyah hokay !
![]() |
| Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan Happy Meal sorang satu hokayy |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN merupakan pelanggan setia nasi lemak Cik Bedah. Nasi lemak jualan Cik Bedah sangat sedap dengan nasi nya yang wangi dan lembut serta all time faveret CN sudah tentu sambalnya yang umph! Nasi lemak paru di bawah cuma RM3 sahaja dengan kuantiti yang banyak dan mengenyangkan. Nasi lemak Cik Bedah ini terletak di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Selangor. Memang recommended. Dibuka seawal jam 6.45 pagi dan biasanya pukul 8 nasi lemak dah habis ! Dasyat kan?
Nasi Lemak Murah di Jenjarom
Kebanyakan pelanggan nasi lemak Cik Bedah adalah pelanggan setia yang sudah jatuh hati dengan keenakan nasi lemaknya. Bukan sahaja sedap, malah murah dan banyak ! Sangat puas hati hokayy. Selain nasi lemak, ada juga bihun goreng, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai jenis kuih. Antara kuih faveret CN di gerai nasi lemak Cik Bedah adalah karipap sardin yang penuh dengan inti karipap selain kuih getas yang menjadi rebutan antara CN dan Encik Suami ! Hehehe..
Lokasi Kedai Nasi Lemak Cik Bedah
12 November yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin di Pusat Kreatif Tuanku Bainun, TTDI. Dengan hasrat untuk memberi ingatan kepada generasi muda bahawa hidup ni punyai misi yang lebih besar, Liza Mydin, ibu kepada tiga anak itu menzahirkan harapan agar buku The Three Village Boys ini dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak mereka tentang persoalan nilai-nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan etika dalam kehidupan.
![]() |
| Penulis buku The Three Village Boys - Dr Liza Mydin |
The Three Village Boys : Sebuah buku yang dapat menanam rasa keadilan sosial dalam diri kanak-kanak
Liza Mydin percaya nilai-nilai murni perlu dipupuk dari kecil lagi. "Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil ini akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang", ujar beliau.
![]() |
| Ucapan oleh penulis buku The Three Village Boys - Dr Liza Mydin |
Beliau menegaskan bahawa buku tersebut ditulis dengan dua tujuan utama. Pertamanya, untuk meningkatkan keupayaan daya imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karakter tiga kanak-kanak kampung bernama Youssef, Zayyed dan Omar dalam kisah pengembaraan mereka. Dan keduanya, bagi menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di masa terdapat jurang agihan pendapatan dan juga ketidakadilan yang berlaku.
![]() |
| CN bersama buku The Three Village Boys |
Buku The Three Village Boys mempunyai 26 mukasurat yang dipaparkan dengan ilustrasi berwarna untuk menjadikan kisah pengembaraan tersebut lebih menarik dan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keluaran pertamanya telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah dijual hingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.
Bagi edisi terkini, The Three Village Boys didatangkan dengan versi kulit tebal dan boleh dibeli secara online di www.thetvb.com.
![]() |
| Dhia Zahra eksited 'membaca' buku The Three Village Boys kerana sukakan ilustrasi pada buku ini yang menarik |
![]() |
| Dhia Zahra & Aqilah membincangkan 'sesuatu' sambil tak lekang di tangan buku The Three Village Boys |
![]() |
| Anak-anak yang turut merasai pelbagai pengalaman menarik semasa pelancaran buku The Three Village Boys |
Pelbagai Aktiviti sempena Pelancaran Buku The Three Village Boys
Majlis telah dilancarkan oleh tetamu kehormat, Prof Abbas Mirakhor, pakar ekonomi dan cendiakawan tersohor dan seorang yang sangat mementingkan hak keadilan sosial. Turut hadir pada majlis tersebut ialah rakan media, para blogger, keluarga serta sahabat handai.
![]() |
| Ucapan oleh Prof Abbas Mirakhor (First Holder- International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) Chair of Islamic Finance |
Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak semasa majlis perasmian buku tersebut turut diadakan seperti aktivti story telling, seni pasir dan dekorasi topi tarbus.
![]() |
| Story telling oleh Shena & the Team |
Lokasi Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tiada idea untuk membawa anak bercuti sempena cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi? Apa kata bawa anak-anak anda meneroka dunia pekerjaan sebenar di KidZania KL. Paling best Irfan Hensem yang berumur 5 tahun dapat merasa menjadi Junior Tax Officer di Pejabat LHDN tau. Ini sempena event Scott's Bright Little Explores di KidZania KL. Memang menarik kad Junior Tax Officer ni. Nampak 'profesional' bila anak bujang CN pakai bersama vest & tie.
![]() |
| Kad Junior Tax Officer milik Irfan Hensem |
![]() |
| Irfan Hensem bertambah hensem dengan vest & tie sebagai Junior Tax Officer di pejabat LHDN KidZania KL |
Lokasi KidZania KL
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~





























