Salam semua..
Cikgu Norazimah bersiaran kembali update blog sambil menjaga Irfan yang lasak duk memanjat mama nyer nak kan laptop hitam idaman kalbu.
Gong Xi Fa Cai !!
Mood ceria dan bertenaga setelah bangun tengah hari arini..ops !! Relax ler, hujung minggu kan, biasa nya hari sekolah ari2 bangun awal..masa cuti2 ni ler nak bermalas2 sambil lepak2 dgn Irfan & En. Arep. Hehe
~ Bersama pengantin baru malam tahun baru cina, Ati .. ~
Salam..
Cikgu Norazimah berbesar hati berkongsi tentang 1 program anjuran Parlimen Batu, Kuala Lumpur. Program ini khas untuk pelajar2 cemerlang UPSR & PMR 2012 yang mendapat straight A di dalam kawasan Parlimen Batu. Aku pun tak berapa perasan berapa sekolah dalam kawasan parlimen ni. Yang aku duk tengok adalah wajah bersih, hensem, kacak & bergaya Raja Nong Chik !! hahahaha.
Macam mana ek aku boleh terlibat dengan program ni? Ala..ni lucky draw untuk cikgu2..nama aku naik, so kena la ikot bas teman budak2 ni. Rombongan dari skola kitorg 2 bas tau..sekolah-sekolah lain naik kereta or van jer. Kenapa? Sebab sekola kitorg 6+ yang dapat straight A dalam PMR. Confirm tak cukup 1 bas. [bangga jab dengan budak2 ni..hehe].
Nak pendekkan cerita..biarlah gambar berbicara .. hehe
~ Cikgu Norazimah dengan muka kontrol comei...hehe ~
Cuma nak beritahu aku SUKA ending cerita RUBY ni..comei sangat Siti Saleha & Shaarnaz Ahmad ! Bagi sesiapa yang tak dapat tengok ending cerita Ruby ni, tengok ler dekat TONTON yer..hehe
~ Gummy Bear chomei ! ~
Cher try click video atas ni? Chomei kan Gummybear ni? Ni la video untuk membuatkan Irfan si bambam duk diam depan laptop sambil menganga mulut cuba ikot bear hijau ni menyanyi..ala..tomei..tomei...tomei.
ulangtahun perkahwinan
04.02.2013 Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-2 Azie & Arep
February 03, 2013
Tik tok tik tok, Irfan dah 5 bulan lebih. Mama dan ayah Irfan sudah 2 tahun kwen...cepat masa berlalu. Umo makin tua, hopely tahun dpn dpt tambh lagi anak..[ops !]
Mungkin disebabkan perasaan terasa cantik masa kahwin dulu..aku nak tempek gak gambor kawen ! hehe..nak tgk lagi byk,leh tgk dkt fb yer..[bajet mcm artis lak orang duk sibok nak tgk gmbo ko Azie oooi..hehe]
Salam semua..
Harini aku tak boleh type panjang2 sebab si comei bambam duk nk pegang jer laptop mama dia. Takmo2 bagi laptop ni kat bdk comei ni..habis keypad hilang sumer nanti ! Actually, nenek Irfan dh belikan mainan laptop..tapi mcm tahu2 jer benda tu mainan, memang dia tak suka. Laptop kaler hitam mama dan nenek dia juga yang berkenan !!
Salam ..
Di sekolah hari ini, aku dapat kek coklat dari students yang comei Nurul Amni dari kelas 1R. Harini birthday dia ke-13, HAPPY BIRTHDAY syayangs !! Sempena meraikan birthday dia, dapat la aku kek coklat yang sedap. Alhamdulilah, dah separuh kek aku bedal petang tadi sebab memang fav aku kek coklat ni sampai tak sempat nak snap gambar, yang terbayang adalah pisau..pisau...pisau..untuk memotong kek yang sedap ! The other half simpan untuk esok sebab taknak rosakkan plan diet..hehehe
Menjadi cikgu dekat sekolah perempuan ni memang best sebab gurl ni manja2 dan suka hargai orang yang dia sayang dengan hadiah/ucapan/pelukan. Setakat ucapan "Teacher, I LOVE YOU !" memang biasa ler. Tu belum lagi sesi memeluk cikgu bila dorang dapat result PMR/SPM yang bagus atau pun menang sesuatu pertandingan. Lagi tak best, bila budak2 ni tengah berpeluh-peluh lari terus peluk cikgu sebab menang !! Adoi yang, cian cikgu kamu ni..hehe. Tapi budak2 ni memang sweet !
#BIO Pure KEN : Kebelakangan ni KL sangat lah panas lagi-lagi masa game
basketball. Adus !! Dah la 3 hari aku terpaksa berpanas demi pasukan basketball
St. Mary tersayang ,gelap la kulit ku yang kembali cerah setelah bercuti lama
sempena kelahiran anak tersayang yang comei lote..hehe
Apa yang selalu aku pesan dekat budak-budak basketball ni
bila panas-panas main basketball adalah
minum air banyak2 ! Sangat la penting yer minum air kosong sekurang-kurangnya 3
liter sehari. Menurut pakar, setiap 20 kg berat badan kita memerlukan seliter
air kosong. Kalau korang 80 kg, maka korang memerlukan 4 liter air sehari !!
Banyak kan? Selain itu, nk tahu sama ada kita cukup air ke tak melalui warna
urin. Bila urin kaler kuning pekat, maksudnya korang kurang air. Aku tahu benda
ni pun sebab masa preggy kena kencing kotor masa 8 bulan preggy. Pelik gak
sebab rasa aku dah minum banyak air, tapi doktor cakap aku still kurang air.
~ Bio Pure KEN kaler biru yang menggoda jiwa ~
Laporan Minggu Ini (LPI) dibawa secara langsung dari Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Saya Cikgu Norazimah melaporkan dari hati yang ikhlas dan suci murni.
Berat ibu-ibu di luar sana berapa yer masa preggy? Aku? naik 10kg !! Memang bulat bambam ! Tapi agak pelik lepas sebulan bersalin, terus hilang 10 kg tuh..aku google ler cari tentang berat masa hamil ni. So aku jmpa benda ni.
Di manakah berat anda dibahagikan?
Di dalam kehamilan normal, berat badan akan dibahagikan seperti di bawah :
Di manakah berat anda dibahagikan?
Di dalam kehamilan normal, berat badan akan dibahagikan seperti di bawah :