Salam,
Hari yang suram, muram, tak bermaya, keletihan, penat semuanya bersatu menjadi 1. Segalanya bermula pada hari Isnin (10/6/2013), 7.40 pagi, Mak Mertua (Hajah Nor Asmah Paniti) mengalami kemalangan di hadapan klinik kesihatan Jenjarom. Saya menerima panggilan dari ayah mertua selepas habis perhimpunan sekolah dalam pukul 8 lebih . Mulanya saya menyangka kemalangan biasa dan meminta ayah untuk update berita terbaru. TAPI, 9.47 pagi suami call bagitahu mak kritikal, kaki & tangan patah dan masih tak sedarkan diri. 10 lebih tu pulak ayah call cakap mak ditransfer ke Hospital Klang !
Ya ALLAH ! Lemah lutut dan kelas lepas tu, memang tak dapat fokus. Saya tak boleh balik sebab mesti habiskan kelas untuk hari tu kerana tak nk bersoal jawab dengan pengetua dan mesti akan ada guru2 yang merungut bila dapat relief saya. Serius, saya cuba taknk susahkan orang lain walaupun pasti, esok tak kn datang ke sekolah! Habis jer kelas terakhir, terus capai beg dan berlari lari ke rumah sambil telefon teksi ke central market sebab saya bercadang untuk naik bas KL-Klang. Dalam perjalanan, suami, adik2 ipar dan ayah mertua bergilir2 call tanya saya di mana. Elok jer sampai di Klang, suami cakap mak dah tak dapat di selamatkan, tunggu masa jer....