Salam 1 Malaysia..
Cuaca harini cerah dan hujan pada waktu petang di kawasan Selayang dan Batu Caves. Alhamdulilah, jerebu makin berkurangan dan acara non-atlet yang sepatutnya diadakan pada hari selasa yang lalu dapat dijalankan pada harini. Mungkin ramai yang pelik, apalah acara non-atlet tu kan? Untuk pengetahuan semua, acara non-atlet tu sama ler dengan acara sukaneka, sajer jer nak bagi nama gempaq sikit ! Ala..St. Mary kan? Semua mesti gempaq dan glamer ! Tengok ler siapa cikgu2 nyer..hehehehe
Hokay, kembali serius. Acara ini terbahagi kepada 4 kelas iaitu kelas 1 (Tingkatan 4&5), kelas 2 (Tingkatan 3), kelas 3 (Tingkatan 2) dan kelas 4 (Tingkatan 1) dan satu acara yang semua kelas boleh masuk iaitu tarik tali. Setiap kelas mempunyai halangan yang berbeza. Keputusan penuh acara non-atlet tak dapat di update kan sebab lepas acara kelas 4, Cikgu Norazimah & the gengs terus ke kantin pegi makan sebab kelaparan tak makan langsung dari pagi !