Salam Syawal..
Rutin CN seperti biasa, mengajar di sekolah ternama di KL dan IB ditinggalkan bersama EA di Kuala Langat. Keputusan pertukaran guru masih tidak memihak kepada CN. InsyaAllah, CN yakin pasti suatu hari saat bersama keluarga akan tiba juga. Cuma waktu dan ketika belum diketahui. Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui.
Ramai yang bertanya, CN tak rindu ke anak yang ditinggalkan di kampung? Gila tak rindu ! Hanya orang yang berada di tempat CN yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak dan suami di kampung sedangkan CN mencari beberapa suap nasi untuk diri sendiri..
Kalau ikutkan hati, memang tak tahan menanggung rindu dekat IB dan EA. Kadang2 terfikir gak untuk resign, nk buat bisnes. Tapi JIWA CN pada dunia pendidikan. Terfikir gak nk resign n mengajar di Kolej MCS dekat Banting tu, takpun dapat offer mengajar dekat Kolej Cosmopoint dekat Klang. Tapi ramai yang menahan sebab jadi CIKGU ni banyak kelebihan berbanding kelemahan.