Salam mesra..
Dalam entry SINI, CN akan menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD). Jadi, sebelum ke sana dari 17/9 - 21/9, CN perlu 'study' dulu benda2 ni..sambil2 study, apa salahnya berkongsi dengan u all semua benda2 baru dalam dunia pendidikan di Malaysia sekarang ni..semoga dapat menjadi panduan untuk u all semua.. [smile]
1. Dasar dan Hala Tuju Pendidikan
: Rujuk SINI
2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
: Menggantikan KBSR dan digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan
: Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
: Menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)