cerita cikgu
Bola Keranjang 3 0n 3 : Piala Menteri Pendidikan 1M1S Wilayah Sentul
September 27, 2013
Semalam CN selaku guru penasihat Pasukan Bola Keranjang SMK St Mary selama 3 tahun berturut-turut, telah membawa 5 orang pelajar yang bukan pasukan sekolah tapi merupakan pasukan pelapis untuk Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 di SMK Jinjang. Pertandingan ni bertujuan untuk merebut Piala Menteri Pendidikan 1M1S dan dibuka untuk pemain yang tak pernah wakil sekolah untuk tahun ini.
Untuk pengetahuan semua, Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 adalah salah satu program dalam dasar 1Murid 1Sukan. 3 on 3 bermaksud cuma 3 pemain yang bermain dan hanya menggunakan sebelah gelanggang sahaja. Jika menggunakan full court, pemain untuk setiap pasukan adalah 6 orang, tapi bila menggunakan half court, cuma 3 pemain sahaja untuk setiap pasukan. Pelajar yang CN pilih untuk mewakili sekolah adalah pelajar tingkatan 1 dan merupakan pasukan pelapis sekolah. Budak2 ni cuma praktis 2 hari jer sebelum pertandingan dan nasib agak baik, dapat tempat KE-3 BERSAMA ! Alhamdulilah..