1 November 2013 : Cuti Peristiwa Sempena Deepavali
4 November 2013 : Cuti Berganti Sempena Deepavali
5 November 2013 : Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah)
[ Inilah masa untuk merehatkan diri dan menenangkan fikiran sebelum SPM bermula .. bestnyer ! ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Annual Lunch di Hotel Eastin, PJ
Siapa pernah pegi Hotel Eastin di Petaling Jaya sila angkat tangan ! Best tak ? Kat Malaysia cuma ada 2 cawangan Hotel Eastin, 1 di PJ dan 1 lagi di Penang. Kelab Guru & Staf skola CN pilih Hotel Eastin sebagai destinasi untuk Annual Lunch untuk tahun ni.
Pendapat peribadi CN, menu yang ditawarkan di Hotel Eastin memang BEST dan pelbagai. Tahun 2011, skolah CN buat annual lunch dekat Hotel Concorde, serius menu memang terlalu western, kesian bff Kak Su & Kak Peah cuma makan nasi ayam jer sebab menu tak menepati tekak melayu dorang. Tapi di Hotel Eastin, menu nya memang best dan banyak sangat ! Perut CN yang slim pon agak membuncit sebab makan banyak sangat ! Hehehe
CN kalau pegi makan kat hotel, benda mula2 CN cari adalah dessert sebab kat hotel biasanya dessert memang best dan lain daripada biasa. Tak mengecewakan, di Hotel Eastin ada pelbagai dessert yang menarik ! CN suka buah2 dicucuk, marshmelow & kek yang disediakan disebelah chocolate fountain. CN ni kan hantu chocolate, memang bercucuk2 buah2 dan kek disalut chocolate ! Puting roti pon sangat sedap sebab tak terlalu manis dan rasanya yang lemak2 berkrim.
Hokay, bercerita tentang menu utama. Rugi lah makan kat hotel amik menu macam dekat sekolah jer kan? CN amik semua makanan berasaskan seafood. Nasi mesti suku jer sebab lauk penuh ! Hehehe. CN paling suka kepah & pelbagai seafood yang di gril bersama sos pilihan. Sedap ! Udang goreng rangup berempah pun sangat sedap ! Habis jer makan nasi, we all borak2 dulu sambil bergambar. Lepas penat bergambar, sambung balik makan mee sup. Mee sup nampak macam biasa, bila makan...wah ! Sedapnya ! Lepas tu mesti cuba roti naan cicah kari. Panas2 dihidangkan bersama kari pekat dan pedas. Last sekali, rojak buah. Kuah pekat dan pedas, best !
Tapi kan korang, satu gambo makanan pon CN tak amik tau ! Memang tak sempat nak amik gmbo makanan ni sebab fokus utama adalah MAKAN ! Kalau u all rasa nk buat event ke, apa2 ker, boleh la pilih Hotel Eastin sebab MAKANAN kat sini memang sedap & best ! Akhir kata, meh ler layans beberapa gambo yang sempat di snap. Daaaa
Bukti Yana & Kak Peah makan banyak ! Tinggal pinggan kosong jer..hehehe
Warga St. Marian
Gaya comey konon2nya..kesian Pn. Sivanes belakang tu tak berapa menyerlah..yang paling best, PK KOKO (baju kuning) pun buat giyomi tau ! Ingat senang ke nak paksa mak mertua tak jadi ni buat giyomi masa bergambo ? Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Geografi Tingkatan 1 & 2 sememangnya saling berkaitan di mana terdapat eviden yang memerlukan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti peringkat sekolah/komuniti mengenai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Untuk pengetahun pelajar semua, eviden ini juga boleh dijadikan sebagai BAHAN BUKTI untuk PAJSK untuk EXTRAKOKURIKULUM dimana menyumbangkan markah agak tinggi untuk aktiviti kokurikulum anda.
Apa yang perlu anda buat adalah meminta borang seperti di SINI dari guru Geografi anda dan mengisi borang tersebut sekurang-kurangnya 6 aktiviti sepanjang tahun disertakan bersama bukti iaitu tandatangan atau cop rasmi penganjur program. Guru kelas dan matapelajaran juga boleh menandatangani borang tersebut jika ada aktiviti yang diadakan di sekolah selain guru penasihat badan beruniform, persatuan, kelab dan permainan. Mudah kan ?
Apa yang perlu anda buat adalah meminta borang seperti di SINI dari guru Geografi anda dan mengisi borang tersebut sekurang-kurangnya 6 aktiviti sepanjang tahun disertakan bersama bukti iaitu tandatangan atau cop rasmi penganjur program. Guru kelas dan matapelajaran juga boleh menandatangani borang tersebut jika ada aktiviti yang diadakan di sekolah selain guru penasihat badan beruniform, persatuan, kelab dan permainan. Mudah kan ?